Kini sudah masuk tahun yang kedua kita berhadapan dengan cabaran pandemik COVID-19 yang masih belum reda.
Apatah lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan agak mengekang segala aktiviti normal yang biasa kita lakukan ketika sebelum tempoh pandemik dahulu.
Pasti ramai antara kita yang begitu rindu dengan suasana ‘dulu-dulu’ seperti makan di restoran, lepak tengok bola di kedai mamak, melancong ke sana-sini dan sebagainya.
Justeru, akhir-akhir ini ramai netizen yang menyunting gambar-gambar ketika 2019 dahulu menjadi gambar ‘hitam putih’ yang mengekspresikan suasana klasik.
Terhibur juga, dulu gambar klasik sebegini biasanya diambil pada tahun 1880 dan 1940 misalnya. Tapi kini, 2019 pun sudah rasa begitu ‘lama’.
Mari kita tengok koleksi gambar-gambar klasik 2019 yang dikongsikan laman Twitter Cyberjaya Info di bawah ini.
Jom tengok gambar-gambar seterusnya. Anda pasti mengalirkan air mata. Rindu zaman itu..
“Tengah kemas album, terjumpa gambar-gambar lama. Simpan untuk kenangan anak cucu.”




Semoga pandemik COVID-19 cepat berakhir di seluruh dunia. Amin.
Sumber: Twitter Cyberjaya Info