PUTRAJAYA, 7 Feb – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat pertambahan 3,731 kes positif COVID-19 hari ini.
Angka tersebut menjadikan kes keseluruhan meningkat ke 242,452 dengan kes aktif sebanyak 51,241 kes.
Dalam pada itu, kes sembuh juga turut mencatatkan peningkatan dengan pertambahan 3,369 kes lagi hari ini.
Bagaimanapun, sebanyak 15 lagi kematian terkini yang dilaporkan, menjadikan angka kematian turut meningkat ke 872 kes.
Maklumat lanjut menyusul.
Status Terkini #COVID19, 7 Februari 2021
Kes sembuh=3,369
Jumlah kes sembuh=190,339 kes
Kes baharu positif=3,731 kes (3,723 tempatan, 8 import)
Jumlah positif=242,452
Kes kematian=15
Jumlah kes kematian=872 kes
Kes dirawat di ICU=292 kes
Bantuan Alat Pernafasan=140 pic.twitter.com/sa2HXSOQOE— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) February 7, 2021
Sumber: KKM