Siakap Keli

(Video) Kecewa Pelanggan Lesap Batal “Order” Beratus, Abang Foodpanda Sedekah Makanan Dekat Orang Ramai

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Beberapa hari lalu, tular mengenai seorang rider Foodpanda yang ditipu oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan tidak memunculkan diri untuk mengambil makanan.

Makanan yang berharga lebih RM100 itu belum dibayar. Dalam keadaan panas terik, Anas Mansor dilihat kecewa dengan perkara tersebut.

Ramai yang tertanya-tanya apakah yang berlaku pada makanan yang banyak itu, adakah ia dijual?

Menerusi video terbaru yang dimuatnaik oleh Anas, makanan itu rupa-rupanya telah disedekahkan.

@anasmansor99

Reply to @nursyazwaniey.__ part 2 done, tengok sampai habis kalau nak tau mana p makanan tu🥰 #foodpandamalaysia #foryoupage #fyp

♬ original sound – Abang Panda – Abang Panda

Anas memberikan makanan-makanan itu kepada rider yang lain, peniaga tepi jalan dan juga pelajar sekolah.

Tidak cuma itu, ada juga seorang akak yang baik hati untuk membeli makanan itu.

Tindakan Anas itu dipuji ramai kerana walaupun telah dikecewakan, dia tetap bersikap positif, tenang dan tidak mengeluh.

Sumber: Anasmansor99

Sofea

There's always another side to every story