Projek mengecat rumah atau tempat kerja bukan sahaja cantik bila dikongsikan di media sosial bahkan ia juga mempengaruhi ‘mood’ seseorang. Ye lah, kalau di rumah, dari pagi hingga ke malam kita akan lihat dinding yang sama kan.
Tetapi, sebelum korang mula mengecat, korang kena juga tahu cara-caranya, bukan main redah je. Mana taknya, selalu tonton rancangan yang bertemakan ‘house makeover’ ni sekejap je dah siap tapi hakikatnya bukanlah mudah.
Jadi, SK ingin kongsikan 5 kesalahan besar yang selalu kita buat setiap kali mengecat rumah menurut tukang cat ‘Nippon Paint’.
Sebelum tu, kalau korang tak pasti berapa sukatan yang diperlukan untuk rumah atau ruangan untuk mengecat, korang boleh rujuk di Nippon Paint Estimator.
1. Warna tak sama seperti sampel
Selalu berlaku kerana warna cat tidak sama seperti yang kita bayangkan. Ye lah, kalau tengok dari atas talian pun mesti kena dapatkan secara fizikal kan?
Nippon Paint menyediakan katalog bagi memastikan warna yang dikehendaki betul kerana resolusi skrin berbeza antara di setiap peranti. Nippon Paint mempunyai katalog bagi pelbagai cat kediaman di atas talian dan juga fizikal;
https://www.nipponpaint.com.my/colourcard
Boleh dapatkan je di mana-mana pengedar sah Nippon Paint yang terdekat.
2. Cat yang kurang berkualiti
Pernah beli cat yang sangat cair dan anda perlu cat beberapa kali baru dapatkan warna solid pada dinding. Kepekatan cat juga penting untuk memastikan pengalaman cat yang baik.
Kepekatan cat Nippon Paint sangat baik, hanya 2 ke 3 layer, anda sudah dapat solid warna yang dikehendaki seperti dalam colour card.
Jadi, produk Nippon Paint ini, sangat mudah untuk korang mengecat rumah tanpa perlu mencampurkan dengan benda asing seperti air dan thinner.
3. Penggunaan peralatan cat yang kurang berkualiti
Tahukah anda, peralatan cat sudah ada yang berkualiti dan tidak di pasaran. Adanya yang bulu tak berkualiti, jadi apabila pengguna mula mengecat, bulu tersebut akan gugur dengan mudah. Atau bila pengguna menggunakan tape, alat tersebut tertinggal serpihan di dinding tersebut.
Selain itu, pengguna perlu tahu jenis-jenis saiz dinding untuk memulakan mengecat. Untuk luaran, selalunya akan menggunakan bulu yang panjang kerana tekstur permukaannya yang kasar.
Manakala untuk dalaman pula, bulu yang digunakan perlukah pendek kerana permukaan yang rata dan mudah untuk mengecat.
Jadi, Nippon Paint juga menawarkan pelbagai peralatan untuk memudahkan pengguna dengan keperluan dalaman dan luaran bahkan ada juga peralatan DIY untuk memudahkan proses anda di rumah.
Korang boleh dapatkan peralatan mengecat di SINI
4. Tidak menggunakan cat yang betul
Sesetengah orang tidak tahu bahawa terdapat pelbagai jenis cat untuk digunakan di setiap permukaan yang berlainan.
Sebagai contoh, cat permukaan dalaman tidak sesuai dengan permukaan jenis kayu dan logam. Ini kerana substrat yang berbeza memerlukan fungsi yang berbeza untuk memastikan perlindungan terbaik dan tahan lama.
Sama seperti permukaan logam, pengguna memerlukan fungsi seperti, anti karat, tahan cuaca dan banyak lagi untuk menahan persekitaran luaran dan sifat logam.
Bagi dinding dalaman dan luaran, cat yang disarankan juga berbeza. Bahagian luar memerlukan ketahanan cuaca yang kuat di mana bahagian dalam memerlukan kemudahan pencucian yang mudah, dan sifat antivirus untuk persekitaran dalaman yang lebih selamat.
Dengan ini, Nippon Paint mempunyai pelbagai penyelesaian lapisan penuh untuk keperluan anda yang berbeza – untuk dinding, kayu, logam, jubin, bumbung, lantai dan banyak lagi:
Korang boleh dapatkan produk Nippon Paint di SINI
Anda juga boleh menghubungi talian pelanggan mereka untuk mendapatkan sebarang nasihat. Mereka sangat responsif.
5. Tidak ‘plan’ dengan betul sebelum mengecat
Selalunya kita melakar terlebih dahulu, barulah kita dapat mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana cat dapat membuat keajaiban ke rumah kita. Betul kan?
Ye lah, kadang-kadang kita takut mencuba warna yang menyerlah untuk salah satu dinding kita. Tetapi sebenarnya ia memberi banyak perbezaan. Warna berani pada satu dinding seperti ia lebih gelap dari yang lain.
Ini antara contoh daripada pelanggan Nippon Paint;
Jika anda berminat, boleh lihat di SINI untuk lebih lanjut.
6. Bonus untuk korang, penggunaan Nippon Paint VirusGuard.
Bukan itu sahaja, untuk menghasilkan ruang yang lebih selamat, Nippon Paint juga mengeluarkan satu produk yang baik untuk kesihatan.
Ya, Nippon Paint VirusGuard ini sebagai lapisan untuk menjaga keselamatan dan kesihatan semua pengguna. Ia merupakan cat antivirus dan anti bakteria yang dikeluarkan oleh Nippon Paint khusus untuk dinding malah ia selamat apabila menyentuhnya.
Bukan itu je, ia diformulasikan dengan Teknologi Silver Ion yang terbukti secara ilmiah di mana ia didapati 99.9% berkesan melawan koronavirus manusia (strain 229E) dan terbukti berkesan untuk mengurangkan pembiakan virus dan bakteria seperti penyakit tangan, kaki dan mulut (hand, foot and mouth disease. HFMD), influenza A (H1N1), Escherichia coli dan Staphylococcus aureus apabila bersentuh dengan lapisan cat.
Tunggu apa lagi, jom dapatkan jenis-jenis cat ini daripada laman web Nippon Paint Malaysia. Ingat, pemilihan cat akan mempengaruhi keselamatan dan kesihatan keluarga. Kini Nippon Paint sedang melancarkan kempen VirusGuard Bundle Set dan anda boleh melayari laman sesawang di SINI.