Susulan daripada angka kes COVID-19 yang dicatatkan setiap hari di Malaysia, risiko dijangkiti virus tersebut amatlah tinggi di samping kita selalu diingatkan untuk sentiasa menjaga penjarakan fizikal dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Justeru daripada itu, adalah satu kewajipan bagi kita yang masih belum jelas lagi berkenaan dengan status diri dalam rantaian COVID-19 serta definisi kontak rapat untuk ambil tahu mengenai perkara ini.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Kesihatan malaysia (KKM) menerusi laman Facebook rasminya ada berkongsikan berkenaan perkara ini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
Ketahui status anda dalam rantaian COVID-19
–Pesakit yang telah disahkan positif COVID-19 (Kategori 1)
–Individu yang mempunyai kontak rapat dengan individu dari kategori 1 (Kategori 2)
–Individu yang mempunyai kontak rapat dengan individu dari kategori 2 (Kategori 3)
–Individu yang mempunyai kontak rapat dengan individu dari kategori 3 (Kategori 4)
Definisi kontak rapat
–Ahli keluarga yang tinggal serumah / rakan sekerja yang bekerja di ruang yang sama / rakan sekelas / berada dalam satu kenderaan yang sama dengan kes positif.
–Bersemuka selama lebih daripada 15 minit dalam jarak kurang 1 meter dalam kawasan yang tertutup dengan kes positif.
–Tidak bersemuka tetapi berada di dalam bilik berhawa dingin yang sama selama lebih dari 2 jam dengan kes positif.
–Berada dalam kenderaan yang sama dengan jarak 2 tempat duduk dengan kes positif.
Bersama Kita Putuskan Rantaian COVID-19.
Ketahui status anda dalam rantaian COVID-19.▶️ Pesakit yang telah disahkan positif COVID-19 (Kategori 1)▶️ Individu…
Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Saturday, February 6, 2021
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia