Siakap Keli
Gambar: Wan LuQman

Lebih 22K Perkongsian, Lelaki Ini Dedah Resipi Mudah Masak Ikan Siakap ‘Confirm’ Sedap, Boleh Cuba Buat

Pasti ramai diantara kita yang kekeringan idea nak masak apa time PKP ni kan.

Kalau dah macam tu, apa kata anda semua cuba resipi ikan siakap masak tiga rasa yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Wan LuQman ini.

Untuk mengetahui cara-cara serta bahan yang digunakannya, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Korang try buat ni kat rumah, confirm pasangan puji melambung. Insyaallah.

Sedap gila, licin isteri meratah semalam.

Nak lagi sedap, cili kering tu guna yang pedas untuk buat cili blend. Tumis garing-garing ye!

Ok, mula-mula dapatkan 1 ekor ikan siakap. Ambik saiz kecik-kecik atau sedang-sedang je ok. Cuci bersih-bersih, lumur garam kemudian lumur dengan tepung jagung. Tebal-tebal lumur dia ye.

Panaskan kuali, baru letak minyak. Renjis-renjis dulu bagi terbuang lebihan tepung tu.

Pastikan minyak banyak tau

Ok rasanya dah banyak kali bagi tips nak goreng ikan ni. Skip yaaa.

Dah siap goreng. Tengok, takde kesan hitam hangit / hangus ya ikan ni dan takde pecah-pecah pun. Ikutlah tips yang kander pernah berikan dulu.

Okay, untuk bahan sos kita start dulu dengan tumis bawang putih cincang. Takde sukatan berapa ulas. Freeplay.

2sb lada lumat.

2sb bawang lumat. Kalau nak kuah lebih, boleh lebihkan sikit lagi bawang ni. Kemudian tumis sehingga sedikit garing.

Masukkan 2sb sos tiram.

2sb sos cili.

3sb air perahan limau nipis, atau boleh beli yang dah siap dalam botol.

Masukkan palm sugar atau gula biasa kalau takde palm sugar. Level kemanisan ikut kehendak sendiri. Kalau pedas melampau, lebihkan gula ya.

1sb nampla

Bile bahan sos dah betul-betul garing, masukkan sedikit je air kemudian masukkan bahan-bahan ini yang dihiris dadu
– celery
– bawang holland
– cili padi
– nenas

Ni sedikit kelainan. Kander suka aroma daun sup. Masukkan hirisan daun sup.

Dah siap curah terus atas ikan, masa ni mejejes air liur weh.

Sumber: Wan LuQman

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.