Siakap Keli
Kredit: Google

Rumah Apartment Atau ‘Landed’, Mana Lagi Best?

Korang kalau nak pilih rumah, mestilah cari yang selesa kan? Dalam masa sama, korang mesti akan pilih jenis rumah yang sesuai mengikut kepentingan semasa.

Ada yang kerja kat bandar, tapi pilih nak tinggal kat luar bandar. Mungkin sebab diorang nak ‘larikan’ diri daripada hiruk-pikuk kota lepas tamat waktu kerja.

Ada juga yang kerja kat bandar tapi memilih juga nak tinggal dalam bandar. Agaknya mungkin sebab lokasi rumah dekat dengan pejabat. Senang, jimat kos.

Berbalik kepada isu asal, kadang-kadang kita sendiri keliru nak pilih duduk rumah apartment ke atau teres (landed), kan? Apa kata kita ‘study’ apa bezanya dua-dua jenis ni.

Rumah apartment

Rumah apartment selalunya jadi pilihan orang bujang atau pasangan baru berkahwini. Yelah, kosnya lebih rendah. Jimat poket.

Selain tu, lokasinya pun senang nak cari. Kalau korang kerja kat bandar, biasanya korang akan pilih tinggal kat apartment sebab senang nak akses. Pengangkutan awam pun dekat.

Apartment ni ruang dalamnya agak kompak. Biasanya ada tiga bilik tidur dengan dua bilik air. Orang kata memang ‘ngam-ngam’ la spesifikasi dia dengan keadaan kita.

Satu lagi kalau korang jenis ‘business minded’, mesti korang dah plan nak buat rumah apartment ni jadi rumah sewa atau dijual balik. Biasanya rumah sewa apartment macam ni cepat laku!

Rumah teres

Berbeza dengan apartment, kelebihan rumah teres atau landed ni, korang boleh dapat ruang tanah atau halaman kat luar rumah. Nak parking kereta pun tak risau. Depan mata je.

Tambah pulak kalau rasa nak tambah saiz, korang boleh je renovate rumah tu. Besarkan lagi ruang yang ada. Biasanya orang renovate nak tambah luas dapur, bilik dan ruang tamu. 

Lepas tu, kebanyakan rumah teres dibangunkan sekali dengan fasiliti awam macam taman permainan, taman rekreasi, lot kedai dan banyak lagilah.

Kemudian kalau korang perasan, trend hari ni rumah teres dah dibina dengan rekaan moden. Dah macam tinggal dalam banglo!

Tapi itulah. Kalau korang kerja kat tengah bandar, contohnya sekitar Lembah Klang, memang susah sikitlah nak cari rumah teres idaman. Nak-nak yang harganya ‘sesuai’ dengan poket korang.

Memang tak dinafikan, nilai hartanah kat ibu kota memang tinggi. Jadi harga rumah pun mestilah tinggi kan?

Jadi macamana korang nak dapatkan rumah idaman kat luar bandar tapi ia boleh janjikan kepuasan semaksimum mungkin?

Jangan risau. Cadena @ Ara Sendayan ada untuk korang.

Miliki kediaman teres yang membahagiakan

Gambar: Matrix Concepts

Bagi korang yang bekerja di bandar atau ibu kota yang menginginkan suasana tempat tinggal harmoni, Cadena di Bandar Sri Sendayan, Seremban ini pasti menjadi pilihan.

Cadena merupakan perumahan teres moden yang dilengkapi pelbagai infrastruktur menarik, selain lokasinya yang begitu strategik, pilihan jenis rumah yang pelbagai serta harga yang mampu milik.

Terletak di Ara Sendayan, Bandar Sri Sendayan di Seremban, Cadena juga menjanjikan kebahagiaan yang terjamin ekoran suasananya yang sangat mendamaikan, jauh dari hiruk-pikuk kota serta diyakini menjadi idaman ramai.

Lokasi strategik

Di Cadena, korang dapat akses perjalanan yang mudah ke Seremban 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)  dan KLIA2. Dalam masa sama, perjalanan lebih mudah dengan melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Lebuhraya Seremban-Port Dickson dan KLIA Linkage.

Ia juga berdekatan dengan Mydin Hypermarket Seremban 2, AEON Seremban 2, Tesco Extra Seremban 2 dan Pusat Beli-Belah Palm Mall. 

Selain itu, ia juga hanya sejauh 30 km ke KLIA, 71 km ke KLCC serta 96 km ke A’ Famosa Melaka. Pendek kata, korang kalau nak melancong ke negeri lain melalui kapal terbang pun mudah, nak melancong ke Kuala Lumpur dan bandar Melaka pun mudah.

Dalam masa sama, Cadena juga dekat dengan Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Hospital Pakar KPJ Seremban dan Columbia Asia Hospital.

Bagi ibu bapa yang anaknya bersekolah, jangan risau. Cadena juga sangat dekat lokasinya dengan SMK Bandar Baru Sri Sendayan, SJK (Tamil) Bandar Sri Sendayan, SJK (Cina) Bandar Sri Sendayan dan Matrix Global Schools.

Apa lagi yang korang kena tahu tentang Cadena

Status pemilikan kediaman di Cadena ialah hak milik kekal. Jadi jangan risaulah tentang tempoh menetap. Selepas dapat kunci, rumah ini jadi milik korang selama-lamanya.

Tahap keselamatan pun berada pada prestasi terbaik. Usah bimbang, kediaman premium seperti Cadena macam ni mesti akan ‘menjaga’ korang sebaiknya.

Gambar: Matrix Concepts

Bagi yang ingin menikmati udara segar, korang bolehlah berjalan kaki ke Taman Tasik yang ‘kaya’ dengan pelbagai fasiliti dan suasana alam semulajadi.

Gambar: Matrix Concepts
Gambar: Matrix Concepts

Kemudahan awam juga agak dekat seperti pusat beli-belah, pasaraya, institusi pendidikan, lebuhraya, stesen minyak dan banyak lagi.

Selain itu, bagi yang meminati gaya hidup dan dekorasi moden, Cadena telah sediakan semuanya untuk korang.

Gambar: Matrix Concepts

Rekaan moden dan kontemporari dibina bagi memberikan kepuasan serta nilai estetika tinggi untuk korang yang nakkan taraf kehidupan premium.

Gambar: Matrix Concepts

Satu lagi keunikan Cadena yang buat korang mesti rasa teruja ialah pusat aktiviti d’Tempat Country Club. 

Gambar: Matrix Concepts

d’Tempat Country Club ialah sebuah pusat aktiviti kemudahan untuk penghuni di Cadena. Korang tak perlu pergi jauh, segalanya ada kat sini.

Antara fasiliti yang ada untuk korang akses ialah bilik bacaan. Best tau, tak kiralah berapa usia korang, bilik ni memang khas diwujudkan untuk orang yang nak membaca dalam keadaan tenang kat sini.

Gambar: Matrix Concepts
Gambar: Matrix Concepts

Lepas tu kalau korang ni jenis kaki main bowling, tak payah pergi bandar Seremban nak main. Kat sini pun ada! 

Gambar: Matrix Concepts

Macam biasa, tak elegan lah kan kalau duduk perumahan mewah tapi takda kolam renang, kan? Kalau nak berenang puas-puas, boleh je kat sini.

Gambar: Matrix Concepts
Gambar: Matrix Concepts

Gaya hidup sihat pun penting juga. Kalau korang jenis yang aktif bersenam, ada pusat gimnasium dan fasiliti sukan juga kat d’Tempat Country Club ni. 

Gambar: Matrix Concepts
Gambar: Matrix Concepts
Gambar: Matrix Concepts

Yang ni paling best. Nak tengok wayang kat pawagam? Nak tonton filem dengan lebih ‘feeling’? Tak payah pergi jauh-jauh. Kat sini pun ada! 

Gambar: Matrix Concepts

Best kan duduk kat sini? Semuanya dah ada. Menariknya, lepas korang menetap di sini, korang boleh daftar jadi keahlian d’Tempat Country Club secara PERCUMA untuk tempoh lapan tahun!

Kediaman bertuah & selamat menurut Feng Shui

Sementara itu kalau ikut kepercayaan masyarakat kaum Cina, sesuatu kediaman yang ingin diduduki itu perlulah selamat mengikut fahaman Feng Shui.

Dalam Feng Shui, hubungan manusia dengan elemen alam semulajadi itu satu kemestian. Bahasa mudahnya, lokasi rumah korang mestilah ‘lengkap’ dengan suasana alam yang sempurna di sekitarnya bagi menjamin kehidupan yang lebih baik.

Di Cadena, kediaman kat sini dikelilingi dengan banjaran bukit yang menghijau lagi mendamaikan. Elemen ini dipercayai mampu meningkatkan kuasa, status dan reputasi korang.

Selain itu, pintu masuk utama Cadena yang berada pada arah barat akan menerima ‘Qi’ kemakmuran untuk meningkatkan kekayaan, kerjaya dan hubungan pada masa depan.

Manakala pada arah barat daya Cadena yang terletaknya tasik, ia adalah sektor yang ideal untuk air dan membantu mengumpulkan ‘Qi’ bagi meningkatkan kekayaan dan kewangan.

Jadi korang percayalah, kediaman kat Cadena ni pastinya selamat dan bahagia untuk korang diduduki nanti.

Pilih pelan rumah pilihan korang

Terdapat tiga fasa yang korang boleh pilih iaitu Cadena, Cadena II dan Cadena III, masing-masing mempunyai konsep kediaman yang berbeza mengikut jenis, keluasan serta spesifikasinya.

Menariknya, variasi pilihan ini dibuat untuk korang memilih kediaman jenis apa yang diminati, selain turut sesuai dengan ‘poket’ korang.

Gambar: Matrix Concepts

Sebagai rujukan, jom kenali Cadena II 

Kediaman teres Cadena Fasa 2 terletak di Ara Sendayan 3A1.

Rumah teres dua tingkat ini hanya mempunyai Jenis A dengan saiz lot 22’ x 75’ bagi Lot Antarabangsa.

Cadena dibina dengan keluasan 2,584 kps untuk lot tengah dan tepi, manakala untuk lot sudut dan berlaman berkeluasan 3,048 kps.

Sebanyak 85 unit dibangunkan untuk Cadena Fasa 2 ini.

Gambar: Matrix Concepts

Di bawah ini pula ialah pelan lantai untuk rujukan korang. Tengoklah sendiri, keluasannya, kaki perseginya, susun aturnya, memang powerlah!

Gambar: Matrix Concepts

Cadena dibina daripada kejayaan terdahulu

Nak tahu tak, pemaju yang membangunkan Cadena, iaitu Matrix Concepts Holdings Berhad ialah antara syarikat pemaju berjaya di negara ni.

Rekod-rekod kejayaan terdahulu yang pernah dicapai membuatkan syarikat ni tersenarai dalam Bursa Saham Malaysia pada 28 Mei 2013 lalu!

Tak hanya fokus di Malaysia, Matrix Concepts juga turut pernah terlibat dengan projek pembangunan di peringkat global seperti di Melbourne, Australia dan di Jakarta, Indonesia.

Jangan tak tahu, Matrix Concepts telah mengukir nama sebagai pemaju yang berjaya melalui usaha membangunkan pembangunan lestari dan mampan.

Gambar: Matrix Concepts

Dalam masa sama, ia turut mempraktikkan pemeliharaan persekitaran serta gaya kehidupan yang baik dengan terbukti bahawa kira-kira lebih 20,000 unit kediaman dan komersial telah terjual setakat ini.

Untuk rekod, antara anugerah yang pernah dicapai ialah South East Asia Property Awards bagi Pembangunan Kediaman Terbaik iaitu Elymus @ Resort Homes (2016), Property Insight Prestigious Developer Award bagi Pembangunan Kehidupan Keluarga Terbaik iaitu Residensi SIGC (2017), The Star Property Malaysia Award bagi The All-Star Award Top Ranked Developer of The Year (2018), iProperty Development Excellence Awards bagi Anugerah Pemaju Pilihan Ramai Terbaik (2019), The Star Property Malaysia Award bagi Anugerah Kejiranan Cemerlang iaitu di Bandar Sri Sendayan (2020) dan banyak lagi.

Jom miliki Cadena hari ini untuk esok yang lebih bahagia

Cadena menawarkan pelan pembayaran yang bermanfaat untuk ‘poket’ korang, di mana pemaju akan memberi subsidi ansuran selama 18 bulan!

Selain itu, korang juga berpeluang menikmati hadiah misteri bernilai sehingga RM1,000 sekiranya membuat tempahan terawal.

Tak kurang juga, bersempena dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, korang juga berpeluang menikmati rebat sehingga dua peratus!

Tawaran rebat ini hanya sah sepanjang PKP sahaja.

Sebarang maklumat lanjut, korang bolehlah layari pautan INI atau hubungi talian 1-800-88-2688. Pendaftaran telah pun dibuka sekarang sehingga Februari ini.

Jadi apa tunggu lagi? Miliki kediaman teres idaman korang di Cadena ini segera. Jadikan hari esok korang lebih bahagia pastinya di Cadena!

 

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.