Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

15 Orang Dilapor Maut Dan Lebih 50 Orang Dimasukkan Ke Hospital Dipercayai Akibat Penyakit ‘Misteri’ Sebabkan Muntah Darah

Seramai 15 individu dilaporkan maut dipercayai akibat penyakit misteri yang muncul di Tanzania yang menyebabkan pesakit muntah darah, lapor Daily Mail.

Memetik laporan, Ketua Pegawai Perubatan di daerah Chunya, Felista Kisandu berkata, pesakit mengalami muntah darah dan maut apabila mereka lewat mendapatkan rawatan di hospital. Sehingga kini, penyakit misteri itu dilaporkan telah menjangkiti lebih 50 orang yang kebanyakannya lelaki.

Menurut Kisandu, para pesakit didapati mengalami masalah ulser dan dimaklumkan untuk menjauhi rokok dan minuman keras.

Jelasnya, ahli kimia kerajaan telah memeriksa sampel darah dan air bagi mengesan kewujudan merkuri.

“Ia berlaku hanya di satu wad pentadbiran Ifumbo di mana orang muntah darah dan mati ketika mereka tiba di hospital,” katanya.

Bagaimanapun Menteri Kesihatan Tanzania, Dorothy Gwajima membantah dakwaan penularan wabak yang dikatakan menyebabkan panik itu, lapor Daily Mail.

Beliau turut mengarahkan badan perubatan untuk menyiasat kejadian itu, namun menolak dakwaan kewujudan wabak di sana.

Penyakit serupa juga dikatakan pernah menyebabkan demam, muntah-muntah dan kesakitan perut di daerah itu pada tahun 2018, tulis portal itu.

Sementara itu, kerajaan Tanzania dilaporkan telah berhenti mendedahkan angka kes COVID-19 mereka sejak April tahun lalu.

Malah, presiden negara itu, John Magufuli juga dikatakan pernah menolak kewujudan virus itu pada Jun tahun lalu.

“Sebab itu kami tidak memakai penutup muka di sini. Kamu fikir kami tidak takut mati? Ia hanya kerana tiada COVID-19,” katanya seperti dilapor Daily Mail.

Bagaimanapun, angka kematian akibat ‘pneumonia’ atau jangkitan paru-paru meningkat mendadak di negara itu. Salah seorang doktor dilaporkan berkata, ” Kami lihat ramai orang tetapi tak boleh bercakap tentang penyakit itu.” Sementara itu, sebahagian individu dilaporkan tetap memakai penutup muka manakala sebahagian lagi menyuarakan kerisauan mereka.

Dalam pada itu, negara UK telah menyekat semua ketibaan daripada negara tersebut manakala Amerika Syarikat mengeluarkan amaran kewujudan COVID-19 yang tinggi di Tanzania.

Sebanyak dua kes dikhuatiri variasi COVID-19 dari Afrika Selatan dilaporkan telah dikesan di Denmark bulan lalu selepas terdapat pengembara pulang dari negara berkenaan.

Sumber: Daily Mail

BACA: Berilhamkan Jam ‘Klasik’ 1989 Tapi Lebih Canggih, CASIO Keluarkan Enam Model G-SHOCK Dengan Rekaan Moden

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.