Pernah tak korang terjumpa kawasan yang lapang dan dipenuhi dengan pencawang eletrik bervoltan tinggi? Tidak dinafikan tempat sebegitu sangat berbahaya. Tetapi masih ada individu yang sering berada di kawasan seperti itu.
Jadi, timbul persoalan bolehkah kita lakukan sebarang aktiviti di kawasan kabel voltan tinggi ini? Penjelasan yang dikongsikan ini akan memberi jawapan kepada pertanyaan anda. Ikuti penjelasan dan penerangan tentang kawasan Kabel Voltan Tinggi (HTC) daripada Urban Hartanah menerusi laman Twitternya.
Boleh kah anda membuat apa-apa aktiviti di atas tanah pusaka/pertanian yang ada High Tension Cable (HTC) atau kabel voltan tinggi?
Ini adalah penjelasannya. Sebarkan.
1. Anda perlu memahami bahawa setiap satu steel lattice/pylon mempunyai kelebaran koridor tersendiri yang ditetapkan di bawah Permohonan Utiliti Akta 447.
Sebagai contoh, 20meter ke 30 meter koridor bagi 132kV.
Untuk jenis monopole, hanya 5.5meter sahaja lebar koridor diperlukan. Koridor ini biasanya digazetkan untuk penyelenggaraan oleh pihak utiliti.
Berbalik kepada soalan asal. Boleh ke buat rumah/tanaman kat bawah tiang letrik besar ni?
2. Boleh, tetapi sedikit sahaja aktiviti yang dibenarkan.
Secara ringkasnya, dibenarkan untuk tanaman pokok rendah, parking, kolam, jalan/trek. Refer jadual ini:-
3. Sambungan.
Untuk tanaman, pokok/bunga tersebut pula hendaklah lebih rendah dari 1.8meter.
4. Aktiviti yang tidak dibenarkan di bawah talian elektrik voltan tinggi
Semestinya, main layang-layang, atau reel tali pancing panjang-panjang lebih dari 4.57 ke 7 meter clearance (minimum height).
5. Apakah prosedur untuk melakukan apa-apa aktiviti di bawah talian voltan tinggi?
Ini jawapannya:-
- Mendapatkan kelulusan tuan tanah
- Mendapatkan kelulusan PBT
- Mendapatkan penerimaan dan kelulusan dari pihak TNB/utiliti
- Boleh melakukan aktiviti dibenarkan
6. Jangan tanam Musang King pulak bawah talian kabel voltan tinggi tu. Mana maunya cadangan tanam durian nak lulus.
7. Bagaimana sekiranya tiang TNB tu termasuk dalam tanah persendirian? Contohnya anda ada banglo lot/lot pertanian, tiang TNB tu ada dalam lot anda.
8. Yang ni lebih rumit. Sekiranya tuan tanah mendapat geran lebih awal dari pihak utiliti, sepatutnya pihak utiliti membuat satu notis dan membayar suatu pampasan kepada pemilik tanah, atau mendapatkan persetujuan dari semua pihak.
9. Sekiranya notis atau pampasan tidak pernah diberikan, tuan tanah berhak meminta pihak utiliti mengalih semula tiang/binaan dari lot persendirian tersebut secara percuma.
10. Perkara ini selalu berlaku dalam tanah bergeran yang diwartakan sebelum 1970 kerana agak sukar untuk pihak utiliti mengetahui siapakah pemilik-pemilik tanah ketika itu.
Sekarang, tidak lagi. Semuanya di hujung jari. Bayar je, tahu.
11. Kesimpulannya, nak buat aktiviti atas tanah di bawah talian kabel voltan tinggi, boleh. Tengok apa yang dibenarkan, mohon.
Kalau ada benda yang tak sepatutnya ada di tanah anda/tanah pusaka, anda berhak bertanya. Mana tahu ada pampasan.
Rujukan: –
- Suruhanjaya Tenaga
- Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447).
**gambar site visit. Owner suruh tengokkan tanah hutan dia dan advise.
Sumber: Urban Hartanah