Siakap Keli
Gambar Via Mottokorea

Gara-Gara Ingin Cantik, Wanita Kongsi Gambar Hidung ‘Pelik’ Selepas Prosedur Di Media Sosial

Seorang pelakon dari China meluahkan rasa kesal setelah melakukan pembedahan plastik pada hidungnya dan menyedarkan orang ramai betapa bahayanya perbuatan tersebut.

Menurut satu laporan dari media sosial, pelakon dan penyanyi popular Gao Liu telah memuatnaik beberapa gambarnya setelah melakukan pembedahan plastik pada hidung dan menjadikan dirinya malu untuk keluar bersemuka dengan siaran media.

Gao Liau menjelaskan pada bulan Oktober yang lalu, beliau telah berjumpa dengan seorang pakar bedah plastik melalui rakannya di bandar selatan Guangzhou dan memutuskan untuk membuat pembedahan untuk hidungnya walaupun telah diberitahu pembedahan tersebut akan menyebabkan hidungnya mendapat sedikit luka.

“Prosedur pembedahan tersebut berjalan selama 4 jam dan saya sangat yakin dalam masa 4 jam itu saya akan menjadi lebih cantik”, kata Gao Liau.

Namun, semuanya berubah tidak seperti yang dirancangkan dalam prosedur pembedahan. “Saya tidak sangka empat jam berhabis masa melakukan pembedahan plastik adalah permulaan mimpi buruk dalam hidup saya”. Selepas pembedahan, hidung Gao Liau bertukar menjadi gelap dan seakan seperti pelik dilihat orang ramai.

“Selepas kejadian tersebut, saya baru dapat tahu bahawa hospital pembedahan plastik itu tidak memenuhi prosedur untuk melakukan pembedahan plastik hidung” katanya.

Selain daripada itu, Gao Liau juga menyatakan dia telah kehilangan dua filem yang menyebabkan kehilangan bayaran sebanyak 400,000 yuan (RM250,000).

“Lebih teruk lagi saya kehilangan perlanggaran pampasan kontrak sebanyak 2 juta yuan”, kata Gao Liau. Dia menasihati orang ramai supaya berhati-hati ketika melakukan pembedahan plastik. Posting beliau di Facebook telah menyebabkan orang ramai berasa simpati dan lebih berjaga-jaga tentang perkara ini.

Sumber : Indianexpress