Kes kecurian di rumah boleh dikatakan ‘mimpi ngeri’ bagi setiap orang. Tambah-tambah lagi melibatkan pertumpahan darah berlaku.
Sering kali kita mendengar kes pecah rumah berlaku semasa tuan rumah berada di luar kawasan atau pada musim perayaan. Namun, kali ini perkongsian wanita ini mengejutkan apabila ada pencuri yang ‘aim’ untuk cerobohi kediaman mereka.
Wanita ini dikenali sebagai Feyra Mustapha telah berkongsi beberapa tips dan nasihat kepada orang ramai jika menjadi mangsa kes pecah rumah.
Diingatkan bahawa perkongsian ini hanyalah sebagai ilmu tambahan untuk perlindungan diri serta menyukarkan pencuri untuk melakukan jenayah kepada anda.
Ada hikmah disebalik ujian. Bahawasanya kita semua milik Allah. Sabar lah sebagai penolong kepada ketenangan hati. Ikutkan perasaan marah dan geram, memang lah! Taktau nak gambar kan…
“Tau-tau ada 2 orang dah nok hungkas dari tingkap…“
Rumah saya di ceroboh oleh pencuri pada Jumaat malam Sabtu. Dia aim bilik my mom. Masa tu memang mama dah tidur. Bunyi kokeh-kokeh, mama terjaga. Tau-tau ada 2 orang dah nok hungkas dari tingkap.
Mama menjeritttt sekuat hati…
Kebetulan aku belum tidur. Memang aku tokleh lelap mata malam tu. Padahal yang lain, semua mengantuk and masuk tidur awal. Aku rasa, dia ada ilmu pukau. (Boleh refer pada gambar). Dia guna sandal suami aku. Dia selit dengan selipar entah mana dia ambil. Elok letak bawah pokok. Apa motif? Aku tak pasti…
“Dia selit dengan selipar entah mana dia ambil. Elok letak bawah pokok.”
Ni aku cuba nak bagi tau. Pencuri ni memang modus operandi dia potong grill. Another case sebelum ni rumah Alimin Shahir Mahmood Sabri pun dia potong grill. ( refer pic grill kena potong di corridor).
Malam yang sama dengan rumah aku, di Pengkalan Chepa pun dia potong grill. Yang rumah di PC, dia sempat bawak lari kereta. (refer pic Grill dipotong dekat dgn sofa, siang hari )
Apa yang aku boleh nasihat bila jadi kes macam ni;-
1. Shout for help.
Tindakan berani mama Aku dh berjaya selamat kn kami semua. Thanx Mama. U are truly our heroin!
2. Always prepare HP dekat dengan kita.
Bila jd mcm tu, terus call 999. And always remember alamat rumah. Ajar anak2 hafal alamat rumah. Dan no telefon yg boleh dihubungi. Make sure battery tefon selalu lebih Dari half.
3. Jangan sesekali keluar dari rumah.
Make sure anak family selamat. Don’t act as a hero. Unless kita tau kita betul2 mampu melawan mereka dengan senjata yang kita ada. Tunggu sampai bantuan polis sampai.
4. Jangan ambil senjata tajam saat ini.
Sebab waktu kita terkejut, waktu kita sedang marah. Kita jadi tak waras. Takut senjata makan tuan. Percayalah, pencuri perompak dia masuk rumah kita dengan berbekalkan senjata. Dan hati diorang ni hitam keras. Dia mampu buat lebih dari akal kita mampu fikir.
5. Sebelum tidur, selalu lah baca doa pendiding.
Paling simple, baca lah Al Fatihah. Kalau tak nyenyak tidur, rajin-rajinlah keluar jenguk luar rumah. Musim PKP banyak yang terdesak, hilang punca pendapatan. Semua nak duit express.
Saya share dengan tujuan, semoga semua pakak bringat…. Be extra careful and stay safe!
**Tambahan nasihat dari mangsa, Shahir. Sedikit perkongsian dan peringatan tambahan untuk keselamatan rumah selepas kejadian berlaku di rumah saya:
1. Amalkan meletak batang kayu atau besi di antara pintu sliding supaya sliding sukar dibuka oleh penjenayah walaupun sliding sudah dikunci.
2. Sila simpan kesemua kunci kereta, rumah, autogate, kedai dan sebagainya di dlm bilik kita tidur atau tempat yg kita jangka penjenayah tidak akan sedar keberadaannya.
3. Sentiasa kunci bilik yang kita tidur.
4. Jangan simpan barang berharga dalam kereta walaupun kereta sudah berada dalam pagar rumah.
5. Pastikan lampu di luar rumah berfungsi/menyala.
Sumber: Fieyra Mustapha