Siakap Keli

Siri Adiwira Tokusatsu, Mighty Knight Bayu Dilancar Dalam Bentuk Komik

Sebelum ini kita ditayangkan dengan tokusatsu siri bertopeng dari negara Jepun seperti Ultraman, Kamen Rider, Super Sentai dan sebagainya. Siri tersebut bukan sahaja mendapat sambutan yang tinggi dari negara Jepun malah di Malaysia.

Wiroes Studio iaitu satu produksi tempatan telah melancarkan satu siri tokusatsu mereka sendiri yang berjudul ‘Mighty Knight Bayu’. Mereka telah berjaya memuat naik satu episod di Youtube Channel, ‘Pilot Episode’ dan memperoleh view sebanyak 115,009 sejak 28 November 2020 lalu.

Terbaru, Wiroes Studio mengumumkan yang mereka akan hadir dengan komik untuk membawa penceritaan sampingan bagi siri tersebut iaitu Mighty Knight Bayu: Serangan Native Prime Klawaq.

Komik tersebut boleh didapati dengan harga RM10 dan anda boleh menghubungi mereka secara terus untuk mendapatnya atau melalui Facebook rasmi atau Instagram rasmi Wiroes Studios.

Kisah ini digarap daripada kehidupan seorang remaja, Mirul yang berhadapan konflik di antara tanggungjawab dan pilihan dalam hidupnya sebagai Mighty Knight Bayu bagi berjuang menentang ancaman pengganas, Native yang mahu memanipulasikan teknologi dan keupayaan Enerstamp.

Sumber: Youtube : (Wiroes Channel) , Facebook (Wiroes)