Kerajaan telah bersetuju melonggarkan pelanggan untuk makan di dalam restoran terhad kepada dua orang sahaja untuk satu meja dan mengikut SOP yang ditetapkan bermula esok.
Perkara ini telah dimaklumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri ISmail Sabri Yaakob dalam satu sidang media hari ini.
Sebelum ini, kedai makan atau restoran hanya dibuka untuk makanan berbungkus sahaja sehingga pukul 10 malam.
Pelanggan boleh makan di dalam restoran, terhad dua orang satu meja dan mengikut SOP – @IsmailSabri60 pic.twitter.com/XSnsloX7Gy
— BERNAMA (@bernamadotcom) February 9, 2021
Sidang media perkembangan terkini mengenai PKP & PKPB | 9 Feb 2021
[LANGSUNG] – Sidang media perkembangan terkini mengenai PKP & PKPB oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob | 9 Feb 2021
Posted by Bernama TV on Tuesday, February 9, 2021
Sumber: Bernama