Siakap Keli
Gambar: Nyna Chan

(Video) Kanak-Kanak Sedekah Jualan Buat Pakcik Tua, Tak Mahu Terima Bayaran Buat Warganet Tersentuh

Orang kata, tak perlu tunggu kaya untuk berbahagi rezeki. Kongsi sahaja apa yang kita ada kerana sebahagian daripada rezeki kita, ada hak orang lain.

Seperti dilakukan seorang kanak-kanak bernama Fahry, 7 tahun di Bukit Tinggi, Padang, Indonesia ini. Dalam perkongsian video oleh seorang wanita, Nyna Chan, kelihatan dua orang kanak-kanak sedang membawa bakul dipercayai makanan bergoreng jualan mereka.

Tulis Tribun News, saat terlihat seorang lelaki tua duduk bertongkat di kaki lima sebuah kedai, kanak-kanak itu berhenti dan memasukkan makanannya ke dalam beg plastik, lantas menyerahkan kepada lelaki berkenaan tanpa ragu-ragu.

Malah, di saat lelaki warga emas itu ingin membayarnya, Fahry menolak dan terus beredar di situ dan meneruskan jualannya.

Video tersebut telah mendapat pujian ramai warga maya yang tersentuh dengan sikap adik Fahry.

Moga jadi anak yang berjaya

Semoga murah rezekinya, Aamiin

Sementara itu, sebahagian warga maya mendakwa mengenali Fahry dan ada juga yang menawarkan bantuan untuk adik berkenaan.

Sumber: Nyna Chan, Tribun News

Amira

Love yourself.