Mungkin tidak ramai yang tahu cara sebenar untuk mengendalikan pelupusan sisa barangan elektrik atau elektronik. Bukan boleh campak atau bakar begitu sahaja tau.
Jika silap cara pengurusannya, boleh tercemar alam sekitar dan terjejas kesihatan. Menurut laporan Bernama, memetik kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) baru-baru ini, asap pembakaran sisa barangan elektronik berpotensi membebaskan gas bahaya seperti dioksin dan furan yang boleh menjejaskan sistem imunisasi badan serta merosakkan organ dalaman.
Bukan itu sahaja, malah, jika ia ditanam atau dibuang seperti biasa di tapak pelupusan sisa pepejal, bahan kimia dalam peralatan ini boleh menyebabkan pencemaran air di mana logam berat seperti plumbum, merkuri dan arsenik boleh meresap ke dalam tanah.
Justeru, proses pelupusan ini perlu dijalankan dengan kelengkapan serta prosedur yang betul bagi mengelakkan kesan buruk kepada manusia dan alam sekitar.
Jadi, bagaimana cara menguruskannya? Jom, rujuk infografik dikongsikan Bernama oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia di bawah.
Bermula hujung bulan ini, JAS akan melaksanakan Kempen Hari Pengumpulan E-sisa pada setiap hari Sabtu minggu terakhir setiap bulan.
Anda boleh menghantar barangan yang tidak digunakan ke lebih 123 pusat pengumpulan dan 21 kemudahan pemerolehan yang berdaftar. Anda juga turut berpeluang mendapat insentif seperti baucar diskaun pembelian barangan elektrik yang disediakan di pusat pengumpulan.

Kitar semula e-sisa
E-waste recycling @jasmalaysia #Infografik / #infographics pic.twitter.com/bwy2SKwpWj
— BERNAMA (@bernamadotcom) February 6, 2021
Sumber: Bernama