Siakap Keli

“Jangkitan Kulat Yeast..” Bukan Sebab Susu, Doktor Jelaskan ‘Putih-Putih’ Dalam Mulut Bayi

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ada di antara ibu-ibu yang mesti pernah melihat kewujudan tompokan putih di dalam mulut bayi mereka. Walau telah mencucinya berulang kali, tompokan putih itu tidak dapat dihilangkan.

Mungkin terdapat ibu-ibu yang menyangka tompokan putih yang melekat di lidah, lelangit, pipi dalam, mulut, bibir dan tonsil bayi sekadar kepingan susu lama yang tidak perlu dirisaukan.

Namun, sebenarnya tahukah anda ianya bukan merupakan kepingan susu lama tetapi adalah ‘Oral Thrush’ iaitu jangkitan kulat yeast yang berlaku di dalam mulut bayi dan kemungkinan di payudara ibu.

Jangan ambil mudah, ikuti penjelasan oleh Dr Siti Sarah Aishah Suhaidi seperti di bawah ini.

Dah cuba cuci dengan kain basah tapi putih-putih tak hilang?

Ibu datang ke klinik bawa anak dia untuk check jaundice pada umur hari ke-7.. Jangan lupa tanya ibu samada boleh breastfed and check mulut baby.

Ibu tanya kat doktor: Baby saya naik putih-putih dalam mulut dia. Saya try cuci dengan kain basah tapi putih-putih tu tak dapat hilang pun. Kenapa ye dr?

Bukan kepingan susu tetapi ‘Oral Thrush’

Dr: Ini ‘oral thrush’ puan.. Bukan kepingan susu lama.. Oral thrush ialah jangkitan kulat yeast yang berlaku di dalam mulut bayi dan kemungkinan di payudara puan.

Puan ada rasa crack nipple and sakit waktu menyusu dan naik merah-merah di breast? Ibu: haah dr.. kekadang sakit dan gatal kat breast.

Tanda-tanda lain Oral Trush

Tanda-tanda lain oral thrush:

1) Kepingan putih di lelangit, pipi dalam, mulut, bibir dan tonsil.

2) Baby menangis kalau menyusu dan tak nak menyusu

3) Berdarah di kawasan putih ketika cuba cuci kawasan oral thrush

4) Payudara berasa naik ruam kemerahan dan cracked nipple

5) Ruam lampin/diaper rash

Apa yang perlu ibu buat?

Apa perlu dibuat:

1) Jumpa doktor untuk dapatkan rawatan

2) Rawatan yang diberi ialah antifungal syrup nystatin 100,000unit qid

3) Basuh botol, alat pam susu dan sterilize bottle dan alat pam susu

4) Sentiasa tukar breast pad kalau susu ibu yang sentiasa melimpah

Perbezaan lidah biasa dan lidah yang ada Oral Thrush

Dapatkan rawatan doktor secepat mungkin

Kepada ibu-ibu yang breastfeeding.. Continue breastfed.. Jangan salahkan diri kalau anak ada oral thrush.

Dapatkan rawatan dengan doktor secepat mungkin. Amalkan good hygiene. Happy breastfeeding to new moms.. termasuk saya sendiri. Im just become breastfeeding mummy for my 4th child..

Sumber: Twitter Dr Siti Sarah Aishah Suhaidi

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.