Siakap Keli
Gambar Via The Sun

Pasangan 70 Tahun Kahwin Sempat Pegang Tangan Bersama Sebelum Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Pasangan suami isteri yang sudah berkahwin hampir 70 tahun sempat membuat kenangan terakhir dengan berpegangan tangan bersama sebelum meninggal dunia akibat Covid-19.

Pasangan yang dikenali sebagai Margaret dan Derek Firth berusia 91 tahun meninggal di Trafford General Hospital, Manchester pada beberapa minggu yang lalu.

Pasangan tersebut telah dimasukkan ke hospital disebabkan mengalami masalah kesihatan yang berbeza, namun setelah beberapa hari mereka disahkan positif Covid-19.  Margaret dimasukkan ke Hospital Wythenshawe tetapi dipindahkan ke Trafford. Manakala Derek Firth pula dirawat di Wythenshawe, namun terpaksa dipindahkan ke Trafford untuk bersama dengan isterinya setelah doktor bimbang akan keadaan pasangan tersebut.

Anak kepada pasangan tersebut Barbara Smith, 50 tahun melaporkan dalam berita, ketika Derek bersama dengan isterinya, dia bertanya “Kemana kamu pergi selama ni”?

“Selepas Margaret dan Derek Firth ditemukan, mereka berdua kelihatan baik dan bersemangat. Itu adalah saat yang menyedihkan, namun ia detik yang sangat indah kerana mereka berdua sempat meluangkan masa bersama buat kali terakhir”, kata Barbara.

Derek disahkan meningggal dunia pada 31 Januari manakala Margaret meninggal dunia 3 hari kemudian. Derek dan Margaret merupakan pasangan kekasih sewaktu mereka masih kecil dan berkahwin pada tahun 1950 dan tinggal di Partington.

Derek dan Margaret juga adalah datuk dan nenek kepada sebelas cucu, dan mempunyai anak seramai lima orang. Walaubagaimapun, tarikh pengebumian mereka masih belum dipastikan.

Sumber : The Sun