Siakap Keli

“Perit Nak Terima Kenyataan..” Pemilik Sahkan ‘Fluffy The Rider’ Meninggal Dunia Hari Ini

Fluffy, kucing comel yang dikenali ramai kerana tabiatnya yang gemar membonceng motosikal, telah meninggal dunia hari ini di usia tujuh tahun.

Berita sedih tersebut dikongsikan oleh pemiliknya di akaun Facebook Fluffy Empire yang mempunyai lebih seratus ribu pengikut yang suka melihat aksi comel haiwan berkenaan.

Fluffy muka terkenal di media sosial sejak beberapa tahun lalu kerana membonceng motosikal dengan berada di atas bahu tuannya, tanpa rasa takut kepada persekitaran atau orang ramai.

Assalamualaikum semua followers Fluffy Empire..

Dengan perasaan hiba, kami nak memaklumkan, Fluffy dah takde. Tahun ni Fluffy berumur 7tahun. Selama 7 tahun, banyak kenangan Fluffy bersama kita.

Kerana Fluffy papamama berjumpa. Kerana Fluffy acik ankel ada dalam page ni.

Genap sebulan mama berpantang, harini Fluffy pergi. Paling menyedihkan, Fluffy memang tunggu mama. Perit nak terima kenyataan. Tak kuat untuk terima semua ni. Fluffy antara paling awal dalam Fluffy Empire.
Tiada gambar untuk tatapan semua. Cukuplah sekadar gambar throwback. Punca kematian tak dapat dikenal pasti. Dia tiba2 sakit mata, kemudian mulut berair. Dan harini telah pergi meninggalkan kita.

Doakan kami kuat. Kami akan sentiasa rindu Fluffy. Fluffy the rider in memory….

Sumber: Fluffy Empire

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.