Bagi yang memiliki kereta dan anak kecil, pasti tidak akan dapat lari daripada masalah kereta kotor akibat sisa makanan ringan si anak.
Apabila terjadi demikian, pastinya akan datang sejenis makhluk baharu berminat nak menghuni di dalam kereta berkenaan, iaitu lipas.
Lipas pula akan membuat sarang untuk bertelur, sekaligus membiak dan ‘meramaikan’ lagi ‘kaumnya’ dalam kereta itu tadi. Ini tentunya akan mengundang rasa tidak selesa, kan?
Tapi jangan risau, baru-baru ini warganet Khushairi Borhanudin ada berkongsi satu ‘senjata rahsia’ bagaimana nak membunuh kawanan lipas di dalam kereta ini.
Ikuti perkongsiannya dalam group Tukang Apa Hari Ini di bawah ini.
Sekadar berkongsi perasaan puas

Kereta ada anak kecik macam ni la. Kinderjoy la, cekedis la, aiskrim tumpah lah. Semua diadun sebati atas seat & lantai kereta. Maka datanglah makhluk halus berbondong-bondong buat kenduri kemudian.
Saya beli Fumakilla vape ni dekat Speedmart. RM7.90 lebih kurang. Sembur dua tiga das bawah seat kereta. Buat waktu malam sebelum tidur.
Pagi-pagi collect hasil. Puas hati kutip sekor-sekor. Banyak juga saya jumpa yang tengah bertelur nak meluaskan ummah lipas.
Kira saya tukang juga la ni kan? Tukang sembur..

Sumber: Khushairi Borhanudin melalui Tukang Apa Hari Ini