Siakap Keli
Gambar: makassar_iinfo

(Video) Mujur Belum Tidur, Penduduk Ini Terkejut Nampak Ular Cuba Masuk Rumah Disebalik Pintu

Satu video yang memaparkan insiden di mana seekor ular menyusur di tingkap sebuah bilik keluarga di desa Batua, Indonesia telah menjadi tular di media sosial.

Video tersebut memaparkan seekor ular berwarna hitam yang kelihatan seakan sedang mencari jalan untuk masuk ke dalam rumah tersebut.

Mujur tuan rumah itu menyedari kehadiran ular tersebut sebelum dia membuka tingkap biliknya itu.

Lantas daripada itu, ular tersebut telah berjaya ditangkap dan dialihkan daripada tingkap rumah berkenaan.

Video tersebut telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah mendapat lebih 16 ribu likes daripada pengguna sosial media Instagram.

Menerusi perkongsian di makassar_iinfo, pemilik rumah ini dikatakan hendak tidur dan tersedar bahawa terdapat seekor ular cuba memasuki rumahnya. Namun, mujurlah ia tersedar dengan lebih awal dan ular tersebut telah berjaya ditangkap.

Sumber: makassar_iinfo

Aqmal Ezany

I write what is right