PETALING JAYA, 11 Feb – Seorang lelaki berusia 25 tahun dan ibu kandungnya 49 tahun diberkas polis dalam satu serbuan sektar 12.30 tengah hari di Jalan Gasing, PJS 10 di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kedua-dua beranak terbabit sudah terlibat aktif dengan pengedaran dadah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sejak kira-kira setahun yang lalu.
“Pihak polis berjaya merampas 40 paket plastik dadah disyaki jenis heroin dengan anggaran berat 62 gram bernilai RM1,600, dua paket plastik dadah disyaki jenis syabu dengan anggaran berat tiga gram bernilai RM300 dan sebuah kereta jenis Hyundai Atos bernilai RM6,000.
“Semakan rekod lampau mendapati suspek lelaki mempunyai tujuh rekod kes dadah, manakala suspek wanita (ibunya) mempunyai tiga rekod kes dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tidak cukup dengan itu, seorang lagi suspek lelaki berumur 22 tahun berjaya ditangkap di kawasan Sungai Way di sini pada 8.30 malam berikutnya (malam tadi).

Difahamkan, suspek terbabit dipercayai turut terlibat sebagai ahli dalam sindiket pengedaran dadah tersebut, namun tiada sebarang rekod jenayah lampau dilaporkan.
“Turut yang dirampas adalah dadag disyaki ganja dengan anggaran berat 200 gram bernilai RM7,000 dan sebuah kereta jenis Honda Insight berwarna putih bernilai RM32,000.
“Ujian air kencing ke atas ketiga-tiga suspek adalah negatif dan semua suspek direman selama tujuh hari dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Siasatan lanjut masih dijalankan ke atas semua suspek bagi mengesan sindiket lain yang terlibat,” tambahnya lagi.
SIARAN MEDIA ACP NIK EZANEE BIN MOHD FAISAL KETUA POLIS DAERAH PETALING JAYADUA BERANAK KANTOI PENGEDAR DADAH
Posted by Polis Daerah Petaling Jaya on Wednesday, February 10, 2021
Sumber: Polis Daerah Petaling Jaya