Siakap Keli

Ini Cara Mudah Nak ‘Transfer’ Duit Dari Maybank2u Ke Akaun Tabung Haji

Sekarang banyak perkara sudah berada dihujung jari. Salah satunya adalah cara nak simpan duit ke akaun tabung Haji melalui aplikasi Maybank2u.

Tidak dinafikan sebelum ini kita terpaksa beratur panjang semata-mata untuk menyimpan atau mengeluarkan duit dari Tabung Haji kan? Dengan menggunakan transaksi atas talian ini, kita bukan sahaja menjimatkan masa malah tidak perlu keluar dari rumah pun.

Jadi, SK hari ini ingin kongsikan tips mudah untuk korang simpan atau ingin melakukan transaksi kepada akaun Tabung Haji orang lain dengan hanya menggunakan Maybank2u.

Ini antara langkah yang perlu anda lalui untuk sesi pindahan wang. 

1. Perkara pertama anda perlu buat setelah log in ke akaun Maybank2u, klik pada Pay & Transfer.

2. Kemudian, klik pada menu pilihan di atas iaitu Tabung Haji.

3. Selepas klik pada menu Tabung Haji, di skrin akan keluar dua pilihan sama ada untuk transfer akaun sendiri atau orang lain.

4. Sebagai contoh, klik pada other Tabung Haji. Isi maklumat yang diminta dan tekan transfer.

5. Bila selesai isi, klik pada request untuk nombor TAC dan siap.

Mudah kan, dengan adanya cara yang mudah ini untuk kita pindahkan wang daripada Maybank ke Tabung Haji secara atas talian ia sangat senang. Diharapkan dengan adanya tips mudah ini dapat membantu anda semua.

 

Sumber: Maybank2u

 

 

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.