Siakap Keli

Kenapa Mata Dikira 15,30,40 Dan ‘Zero’ Disebut ‘Love’ Dalam Permainan Tenis? Ini Teori Yang Ramai Tak Tahu

Ketika ini sedang berlangsung kejohanan tenis Terbuka Australia yang menghimpunkan pemain-pemain terbaik dunia merebut gelaran Grandslam di bumi Melbourne, Australia.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa markah permainan tenis dikira 15, 30, 40 dan kenapa tidak hanya dikira 1, 2, 3? Dalam satu teori pada abad ke 16, muka jam telah dijadikan papan markah (Score Board) dan dengan menggunakan tangan, jam itu akan diputarkan kepada sukuĀ  kepada setiap pusingan, pada mulanya dengan 15, kemudian 30 dan 45. 45 bertukar kepada 40 untuk membenarkan ‘deuce’ sebelum menjadi markah 50.

Walaubagaimanapun, ramai pakar telah menidakkan teori ini. Ramai sejarawan tenis percaya sebab sebenar pemarkahan pelik ini digunapakai pada awal versi permainan orang Perancis, Jeu de Paume.

Panjang gelanggang setiap belah adalah 45 kaki dan pemain akan bermula dibelakang dan bergerak ke hadapan setiap kali mendapat mata. Mata yang pertama diperolehi akan bergerak 15 kaki ke hadapan, kemudian 30 kaki dan akhir sekali, disebabkan tidak boleh terlalu rapat dengan net pemain itu hanya perlu bergerak lagi 10 kaki sahaja menjadi 40 kaki.

Selain dari sistem pemarkahan pelik ini, dalam permainan tenis, ‘Zero’ disebut sebagai ‘Love’. Teori mengatakan ini berdasarkan bahasa Perancis, l’oeuf yang bermaksud telur. Tapi ada juga mitos, pakar-pakar mengatakan perkataan itu datang dari bermain permainan “for love”. Heiner Gillmeister, seorang profesor linguistik di Bonn University di Jerman telah mengesan perkataan Belanda ‘lof’ bermaksud kepujian.

Dalam satu buku tulisannya yang berjudul The Language Of Tennis Ossian Shine menjelaskan, lagu politik pada abad ke-16 mentafsirkan pertembungan antara Antwerp dan Perancis dalam permainan Tenis terpisah, ada yang bertarung untuk duit dan ada yang bertarung untuk ‘lof’ atau kepujian

Sumber: The Sun

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)