Siakap Keli
Gambar: Khas Fena

Lebih 5 Ribu Perkongsian, Wanita Kongsi Resipi Masakan Paprik Sedap Boleh Cuba Buat

Pasti ramai diantara kita yang suka makan lauk paprik ni tapi nak buat sendiri tak tahu.

Seperti yang sedia tahu, masakan ini sangat terkenal terutamanya di restoran ataupun kedai-kedai makan masakan Thai.

Kini anda juga boleh menyediakannya sendiri dengan mengikut resipi yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Khas Fena.

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Siapa suka horder lauk paprik kalau makan kat kedai. Lepas try resepi ni you will say no more to kedai punya paprik. Ahakks. So konpiden kan.

Tak caya nanti try buat ikut sebijik macam ni, di jamin laki hampa makan nasik bertambah. Ke laki ku sorang ja makan bertambah.

Ni je bahan bahannya, simpe je kan. Tapi rasa lagi sedap 44x dari kedai meriah.

Kedai meriah tu tempat kami selalu makan malam-malam.

First panaskan minyak banyak sikit. Sebab apa kena banyak? Kita nak tumis cabai kering blend lepasni.

Bahan tumis:
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Serai sebatang diketuk

Bila bahan tadi garing boleh masuk 3sdm cili blend okeh.

Masak sampai garing camni sampai pecah minyak.

Lepastu masuk ayam. Boleh pakai dada ayam atau bahagian lain jugak tapi make sure potong kecik kecik.

Masak sampai ayam kecut, atau sampai nampak masak lah.

Masuk pulak sos

Bahan sos:
2 sdm sos cili
2 sdm sos cili thai
1 sdm sos tiram
1 sdm sos ikan
1/2 sdm kicap manis

Masuk air panas setengah mangkuk.

Alaa tu kan pakai mangkuk sos tadi sebab tu lah air kaler tu.

Biarkan mendidih kejap.

Masuk pulak segala jenis sayur. Kalau ada kacang boleh masuk ya. Kacang panjang boleh kacang buncis pun boleh.

Jangan lupa 6 biji cilipadi diketuk, masukkan sekali.

Last jangan dilupa daun limau purut. Tak letak ni tak jadi paprik.

Buang tulang tengah daun tu yaa.

Agak sayur dah lembut boleh la tutup api. Tak perlu tambah garam atau perasa lain lagi dah. Sos tadi dah cukup bagi rasa yang mabelesss. Tak caya kena cuba. K bai.

Yummehhhh.
Makan dengan nasik panas, tak dilupa telur dadar sekali.

Sumber: Khas Fena via Masak Apa Hari Ni

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.