Siakap Keli

Majlis Daerah Setiu Tembak Guna Ubat Pelali Dan Tangkap Haiwan Ternakan Yang Merayau Di Kawasan Jalan Raya

Bahagian Penguatkuasa Majlis Daerah Setiu (MDS) telah menjalankan operasi menangkap haiwan merayau di kawasan jalan raya menggunakan senapang ubat pelali pada Rabu.

Menerusi kenyataan di Facebook Majlis Daerah Setiu, operasi tersebut bertujuan bagi menyelesaikan masalah haiwan ternakan berkeliaran yang menjadi fokus utama warga Setiu yang mahukan permasalahan ini diatasi untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

Justeru itu, Majlis Daerah Setiu turut mengingatkan pemilik haiwan yang sengaja melepaskan haiwan ternakan mereka supaya bertanggungjawab demi menjaga keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.