Bagi yang memelihara kucing, pasti pernah melihat kucing kesayangan anda mencakar sesuatu. Namun apa yang ‘menyedihkan’ apabila kucing kerap mencakar perabot seperti karpet dan sofa. Sebenarnya, ada sebab tertentu mengapa kucing berpelakuan sebegitu.
Kucing selalunya mencakar perabot kerana beberapa faktor. Mencakar adalah salah satu bentuk senaman yang baik untuk kucing.
Ini kerana dengan mencakar, mereka boleh meregangkan badan mereka atau pun menggeliat.
Apabila mereka mencakar, pergerakan tersebut difahamkan dapat membantu menghilangkan kotoran yang terdapat pada kuku mereka.

Menurut VetStreet, kucing juga turut mencakar untuk meninggalkan tanda dan aroma. Kelenjar interdigital mereka yang terletak di antara tapak kaki mereka dapat meninggalkan bau bagi kucing lain mengetahui bahawa ‘penanda’ kucing itu pernah berada di kawasan tersebut.
Apabila kucing tersebut mencakar objek pula, mereka juga telah meninggalkan lekukan kecil yang boleh menjadi isyarat visual kepada kucing lain bahawa ada kucing di kawasan itu.
Sesetengan kucing juga mungkin mencakar perabot kerana mereka tidak mempunyai tempat untuk mencakar yang mencukupi kehendak mereka.
Lokasi perabot kita yang tertentu juga mungkin menjadikannya satu tempat yang bagus untuk kucing memberikan isyarat visual atau tempat untuk menggeliat sejurus selepas bangun daripada tidur.
Sumber: vetstreet