Kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua ini masih lagi membantutkan kebebasan kita untuk bergerak ke sana-sini.
Misalnya, umat Islam di negara ini terpaksa ‘berkorban’ tidak dapat balik ke kampung masing-masing bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri pada tahun lepas.
Dan kali ini, nasib yang hampir serupa turut dirasai sebahagian besar kaum Cina pula di mana PKP tidak mengizinkan mereka merentas negeri pulang ke kampung untuk merayakan sambutan Tahun Baru Cina bersama keluarga tercinta.
Maka alternatif yang ada adalah meraikannya melalui teknologi. Demikianlah yang dilakukan oleh seorang warganet kaum Cina, Derick The Camper apabila dia berasa sedih tidak dapat pulang ke kampung.
Menerusi satu hantaran di Facebook, Derick berkata,
“Norma baharu! Buat kali pertama dalam 40 tahun, saya tidak menyambut Tahun Baru Cina di kampung saya di Melaka.
“Terima kasih kepada teknologi moden, kita masih lagi boleh doakan nenek moyang melalui WhatsApp,” katanya dalam hantaran tersebut.
Maka dengan itu, Derick hanya berpeluang menatap meja hidangan bersempena sambutan perayaan tersebut melalui gambar yang dikirim ayahnya dari kampung.

Difahamkan, kali terakhir dia bersama isteri dan anak pulang ke kampung halaman di Melaka adalah ketika minggu sambutan Hari Krismas pada Disember tahun lepas.
Agak lama juga Derick tidak dapat bersua muka dengan keluarga. Tentu ibu dan ayahnya sedang merindui mereka sekeluarga.
Dalam masa sama, pengikut dan rakan-rakannya turut bersimpati dengan nasib yang menimpa. Maka dengan itu, mereka beramai-ramai menghantar ucapan ‘Selamat Menyambut Tahun Baru Cina’ buat Derick di ruangan komen.
Ada juga yang sempat bergurau menyuruh Derick segera mengecas semula telefonnya kerana bateri sudah lemah.
Walaupun sekadar mengirim gambar melalui WhatsApp, ia juga adalah kaedah terbaik yang boleh digunakan. Orang kata, ‘janji jalan’.
Bagi sesiapa yang belum kenal dengan Derick, individu ini merupakan seorang pencinta dunia perkhemahan tegar. Dia sering berkongsi foto-foto berkhemah di hutan dan di tepi sungai.
Kadang-kadang jika untuk melepaskan gian, dia akan berkhemah di ruang balkoni rumahnya sahaja. Sebab itulah ada yang bergurau meminta Derick meraikan Tahun Baru Cina dengan tema perkhemahan.
Janganlah Derick bersedih kerana kita semua sedang berusaha berjuang bersama-sama untuk negara.
Apa-apa pun, teruslah patuhi prosedur operasi standard (SOP) demi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
Selamat menyambut Tahun Baru Cina buat Derick dan rakan-rakan Cina di seluruh Malaysia.
New Normal !!!For the first time in 40 years, Im not celebrating CNY at hometown MelakašššThanks to modern…
Posted by Derick The Camper on Wednesday, February 10, 2021
Sumber: Derick The Camper