Siakap Keli
Gambar: Google/Facebook

Tanda ‘Like’ Di Facebook Bertukar Kepada Warna Merah, Jadi Perhatian Warganet

Jika anda membuka Facebook hari ini, pasti anda perasan ikon ‘like’ yang bertukar warna dari biru ke merah. Perubahan ini merupakan sempena sambutan Tahun Baru Cina menjelang 12 Februari esok.

Selain itu, antara ciri lain yang dilihat berbeza ialah pada logo Facebook dengan memasukkan imej lembu jantan pada ikon tersebut.

Berdasarkan kalendar Lunar, 2021 merupakan tahun lembu yang bermula pada 12 Februari ini sehingga 31 Januari tahun hadapan (2022). Ia merupakan salah satu daripada 12 haiwan zodiak iaitu tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing dan khinzir.

Menurut China Highlights, antara tahun-tahun lembu berdasarkan kalendar tersebut ialah 1961, 1973, 1985, 1997, 2009, 2021, 2033 di mana ia berlaku setiap 12 tahun.

Pertukaran pada tanda ‘Like’ yang berubah menjadi warna merah telah mencuri perhatian warganet. Ianya dapat dilihat menerusi daripada perkongsian oleh warganet yang seakan teruja dengan perubahan itu.

Lawa pulak bila kita tekan like jadi warna merah..nampak berseri gituuuu🤣

Posted by Adila Zuraidi on Wednesday, February 10, 2021

Baru perasan LIKE 👍🏻 harini warna MERAH 👲🏻 Assalamualaikum & pagi gais! 🌹

Posted by Nina Wazir on Wednesday, February 10, 2021

Terkezutttt tengok emoji like bertukar merah😆 Ingatkan FB kena hack tadi 😅

Posted by Eja Lorena Jang on Wednesday, February 10, 2021

Mentang-mentang nak raya esok. Tekan butang like pun jadi warna merah. Tak caye cuba korang tekan like. Hahaha 🤪

Posted by Yaya Zulkiflee on Wednesday, February 10, 2021

Sumber: Facebook, China Highlights

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.