Siakap Keli

(Video) 2 Lelaki, Seorang Wanita Hanya Makan Tikus Dan Kerang, Terkandas 33 Hari Di Pulau Tiada Penghuni

Pengawal Pantai Amerika Syarikat berjaya selamatkan tiga individu yang terkandas selama lebih sebulan di sebuah pulau tidak berpenghuni di Bahama.

Mereka adalah dua lelaki dan seorang wanita yang berasal dari Cuba hanya bertahan dengan memakan tikus dan kerang di pulau tersebut, jelas jurucakap pengawai Pengawal Pantai.

Dalam satu kenyataan memaklumkan, sebuah pesawat peronda sedang melintasi kawasan tersebut dan terlihat mereka sedang memberi isyarat untuk memohon bantuan.

Menurut Komander Pesawat, Mike Alert memberitahu ketiga-tiga mangsa dalam keadaan tidak bermaya dan mengalami kulit kering. Selepas berjaya menyelamatkan mereka, pasukan ini telah membawa mereka k hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Sumber: CBSNews

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang