Siakap Keli

(Video) Tular Rakaman ‘Masjid Terapung’ Hanyut Di Laut, Dipercayai Dibawa Arus Banjir

Sebuah masjid terapung di muara Sungai Grindulu, Kabupaten Pacitan, Jawa Timur dilaporkan hanyut hingga ke lautan pada Rabu, 10 Februari lalu.

Menurut Tribun News, kejadian yang tular di media sosial itu telah disahkan oleh penjaga masjid berkenaan, Ryan Yudianto.

“Kejadiannya sekitar pukul 3 pagi waktu tempatan saat Sungai Grindulu mula banjir. Jadi tahu-tahu sudah di lautan,” katanya. Jelasnya, peristiwa itu dipercayai berlaku kerana tali pertahanan rakit yang tidak kuat dan terputus sehingga dibawa arus.

Tambah portal itu, kawasan berkenaan sememangnya kerap mengalami hujan lebat beberapa hari kebelakangan ini. Hal ini membuatkan arus sungai terbesar di Pacitan itu menjadi semakin besar.

Kejadian tersebut disedari penduduk sekitar jam 5 pagi waktu tempatan. Jelasnya, masjid yang dibina pada Mac 2020 itu dipercayai  hanyut sekitar satu kilometer dari persisiran pantai.

Masjid berkenaan telah berjaya ditarik ke persisiran pantai sekitar jam 1 petang hari yang sama sejak proses pemindahan dimulakan pada jam 11 pagi.

Sumber: Tribun News

Amira

Love yourself.