Berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sudah tentunya terdapat banyak ‘roadblock’ atau sekatan jalan raya yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengawal orang ramai daripada merentas daerah atau negeri.
Namun begitu, lain pula yang berlaku apabila anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya didakwa mengambil maklumat seorang gadis dengan niat untuk berkenalan.
Menerusi perkongsian oleh Twitter dengan akaun @nnnadzifah, dia mendakwa anggota polis itu menghantar pesanan ringkas melalui WhatssApp untuk mengenalinya setelah mendapatkan semua maklumat termasuk nombor telefon ketika menahannya dalam sekatan jalan raya.
Perkongsian tersebut yang menjadi tular di media Twitter meraih 20.4k tanda suka, 17.1k ulang kicau dan dibanjiri ratusan komen oleh warganet.
Nak kenal boleh?
Sementara itu, PDRM telah tampil dengan pantas memberi respon melalui satu hantaran di Twitter rasmi dengan memberitahu pihak PDRM mengambil maklum mengenai isu tersebut.
Pihak PDRM meminta gadis berkenaan untuk menyatakan maklumat mengenai waktu dan lokasi kejadian untuk tujuan semakan lanjut.
Menurut akaun @nnnadzifah, secara peribadinya, dia turut berharap agar perkara sebegini perlu ditangani secara menyeluruh kerana budaya kerja di dalam organisasi seperti PDRM perlu mengambil kira etika, nilai dan integriti.
Sebilangan warganet pula menyifatkan anggota polis itu mungkin merupakan ‘jodoh’ gadis berkenaan. Tidak kurang pula yang lain menegaskan bahawa tindakan tersebut merupakan satu kesalahan kerana menyalahgunakan informasi yang diberikan oleh individu.
Sumber: Twitter @nnnadzifa