Siakap Keli
Gambar: The Sun

Ibu 11 Anak Akui ‘Ketagih’ Tambah Zuriat, Belanja RM4.4 Juta Tunai Impian Miliki 100 Cahaya Mata Guna Ibu Tumpang

Seorang wanita di Georgia yang kini memiliki 11 anak mendakwa mahu menambah lagi bilangan anak sehingga 100 orang melalui kaedah ibu tumpang.

Christina Ozturk, 23, yang juga isteri kepada usahawan, Galip Ozturk, 56, berkata, mereka sanggup berbelanja besar sebanyak RM4.4 juta demi mencapai matlamat itu.

“Perkara terindah kini adalah saya sudah mempunyai 11 anak termasuk yang terkini, Olivia yang dilahirkan pada hujung bulan lalu.

“Saya lahirkan anak perempuan terakhir saya, Vika dari rahim sendiri kira-kira enam tahun lalu.

“Manakala anak yang selebihnya juga daripada benih saya dan suami, cuma ‘dibawa’ dan lahir daripada rahim ibu tumpang,” katanya kepada pemberita, memetik laporan The Sun.

Gambar: The Sun

Selain itu, pasangan jutawan itu pernah memaklumkan hasrat bahawa mereka menyasarkan mahu mempunyai 105 orang anak, namun jumlah itu belum ditetapkan lagi.

“Saya tidak tahu berapa ramai yang mahu terlibat (menjadi ibu tumpang), namun kami semahunya tidak akan berhenti (mempunyai anak) setakat 10 orang sahaja.

“Kami belum sedia hendak umumkan berapa jumlah sasaran bilangan anak yang sebenar. Segala yang berlaku ada garis masanya,” katanya lagi.

Jika benar Christina mahu mencapai sasaran 100 anak pada usia 30 tahun, maka dia perlu berusaha mendapatkan kira-kira 12 orang anak pada setiap tahun bagi tempoh tujuh tahun ke hadapan.

Difahamkan, amalan zuriat ibu tumpang di Batumi, Georgia didakwa sah dan dibenarkan di sisi undang-undang.

Setiap benih zuriat yang ditumpang dan dilahirkan oleh wanita ibu tumpang menelan kos sehingga kira-kira RM44,000 setiap seorang.

Gambar: The Sun

Sumber: The Sun

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.