Siakap Keli

Kehilangannya Ditangisi Seluruh Negara, Hari Ini Genap Enam Tahun Pemergian Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz

Hari ini bertarikh 12 Februari 2021, sudah genap enam tahun pemergian permata ummah, Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Keperibadiannya yang zuhud, penuh ilmu di dada, berakhlak lagi tawaduk menjadikan figura ini menjadi insan yang dihormati segenap kaum dan bangsa.

Arwah ditakdirkan meninggal dunia pada malam Jumaat, sekitar jam 9.40 malam pada 12 Februari 2015 lalu akibat kanser prostat yang dihidapinya selepas dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) selama 25 hari.

Hari ini anakanda arwah, Ustaz Nik Omar memuat naik beberapa keping foto ketika majlis pengebumian jenazahnya ketika itu.

Jika diimbas semula foto-foto ini, pasti kita akan mengalir air mata kerana pemergiannya ibarat satu kehilangan besar buat negara.

Gambar: Ustaz Nik Omar

Terlalu ramai yang datang pada pagi itu. Sanggup bersesak dan berhimpit semata-mata mahu melihat jenazah arwah buat kali yang terakhir.

Gambar: Ustaz Nik Omar

Ketika itu, liputan media juga sangat luas. Ia menandakan pemergian sosok tubuh yang disegani ramai ini menjadi perhatian seluruh pelusuk negara dan dunia.

Gambar: Ustaz Nik Omar
Gambar: Ustaz Nik Omar

Ekoran perkongsian Ustaz Nik Omar itu, ramai rakan dan pengikut di Facebook turut bersedih atas pemergian arwah, biarpun sudah enam tahun berlalu.

Ramai antara mereka yang menitipkan kata-kata doa, serta berkongsi sedikit pengalaman yang ada bersama arwah.

Pemergian yang ditangisi seluruh negara.

Pernah ziarah arwah ketika di rumahnya dulu.

Perjalanan pun dipermudahkan.

Tidak kurang juga, seorang warganet berbangsa Cina ini juga pernah berpeluang berada di sisi arwah.

Bersempena hari Jumaat yang mulia ini, marilah bersama-sama kita mendoakan agar semoga Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang dijanjikan syurga.

Amiin. Al-Fatihah

Sumber: FB Ustaz Nik Omar

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.