Siakap Keli

Tokoh Ulama Disegani, Tuan Guru Datuk Haji Ismail Abbas Meninggal Dunia

Tokoh ulama yang disegani, mantan Mufti Sabah, Tuan Guru Datuk Haji Ismail Abbas, dilaporkan te;ah meninggal dunia, hari ini.

Berita sedih itu dikongsikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi laman facebooknya, sebentar tadi.

”Menerima berita pemergian mantan Mufti Sabah, Tuan Guru Datuk Haji Ismail Abbas. Beliau adalah antara tokoh ulama’ di Sabah yang amat disegani dengan latar belakang pengajian di Mekah dan Madinah lebih 20 tahun.

”Takziah saya ucapkan kepada keluarga almarhum. Kita doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh,” kata beliau.

Arwah merupakan seorang tokoh dan pendakwah Islam yang banyak menabur bakti di negara ini khususnya di negeri Sabah ini dan memegang jawatan sebagai Mufti Sabah pada tahun 1988 hingga 1999.

Sumber: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.