Siakap Keli

(Video) Boleh Ikut Senaman Ringkas Jurufisio Ajar Ini, Dapat Bantu Kurangkan Sakit Belakang

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?”. Dialog ini selalu kita dengar di kaca televisyen, kan?

Itu sakit kepala. Umumnya kebanyakan orang pun sudah tahu, kalau sakit kepala ‘datang’ apa nak buat, nak makan ubat apa, nak cari ubat di mana dan sebagainya.

Tapi macam mana pula dengan sakit belakang? Boleh dikatakan hampir semua orang akan mengalami sakit belakang sama ada kerap atau kadangkala.

Antara punca dipercayai menyebabkan belakang badan terasa sakit adalah mungkin kerana duduk terlalu lama di atas kerusi, baring di tempat yang tidak sesuai dan banyak lagi.

Justeru, kalau sakit belakang tiba-tiba menyerang, apa kita nak buat? Ok, jom saksikan video cara rawatan kendiri sakit belakang yang dikongsikan oleh Physiomobile di bawah ini.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Twitter Physiomobile

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'