KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) — Gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 pada skala Richter menggegarkan rantau sempadan Tajikistan-Xinjiang, awal pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa yang berlaku pada 1.01 pagi itu, berpusat di 394 kilometer (km) timur laut dari Taloqan, Afghanistan pada kedalaman 86km.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 pd skala Richter tlh berlaku di Rantau Sempadan Tajikistan-Xinjiang pd pukul 1:01 pg, 13 Februari 2021. Pusat gempa bumi terletak 38.1° Utara dan 73.6° Timur dengan kedalaman 86 km. 394km Timur Laut dari Taloqan,Afghanistan.#mygempa.met.gov.my pic.twitter.com/p9ZJcEVQWP
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) February 12, 2021
Sumber: Bernama / Jabatan Meteorologi Malaysia