Umum telah mengetahui bahawa tidak lama lagi rakyat Malaysia akan mendapat vaksin COVID-19.
Pasti ramai yang tertanya-tanya berkenaan cara untuk mendapatkan vaksin tersebut.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi akaun Twitter rasminya ada berkongsikan tentang kaedah untuk mendaftar bagi mendapatkan vaksin COVID-19 ini.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
5 kaedah untuk orang awam mendaftar untuk mendapatkan vaksin COVID-19.
1. Aplikasi MySejahtera – akan dilancarkan butang khas untuk pendaftaran temujanji.
2. Lama sesawang khas yang akan dilancarkan YAB PM minggu depan.
3. Talian hotline yang akan diumumkan. pic.twitter.com/EeHUzr7wgc
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) February 13, 2021
4. Secara manual di klinik kesihatan, hospital dan klinik swasta.
5. Rumah ke rumah di kawasan pendalaman yang dikenal pasti dengan mensasarkan warga emas.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB @Khairykj berkata, pemdaftaran secara sukarela itu akan dibuka Mac ini.
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) February 13, 2021
Beliau berkata demikian dalam program Ruang Bicara terbitan @BernamaTV yang bertajuk “Vaksin: Kendurkan Ketegangan dan Kerisauan terhadap COVID-19”.
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) February 13, 2021
[Infografik] COVID-19: Pendaftaran Vaksin
[Infographics] COVID-19: Vaccine Registration pic.twitter.com/2B1X8a7Xv8
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) February 12, 2021
Sumber: @KKMPutrajaya