Siakap Keli
Gambar: @papiluplis

(Video) Sibuk Nak ‘Sumbat’ Kepala, Gelagat Kucing ‘Berebut’ Durian Sampai Kena Gigit Telinga

Makanan yang digemari kucing kebiasaannya adalah wetfood, ikan, ayam dan banyak lagi.

Namun lain pula bagi dua ekor kucing seperti yang terdapat dalam satu video TikTok ini.

Seperti mana yang kita tahu, tidak semua orang menyukai bau dan rasa buah durian. Namun, ianya bukanlah satu masalah besar buat dua ekor kucing yang terdapat dalam rakaman akaun TikTok ini kerana mereka dilihat sangat menggemari buah durian itu.

Video yang dikongsikan melalui akaun TikTok bernama @papiluplis itu memaparkan gelagat dua ekor kucing peliharaannya ketika dia cuba untuk membuka sebiji buah durian.

Ketika lelaki itu sedang membuka buah durian tersebut, salah seekor kucingnya telah cuba untuk memasukkan kepada di celah bukaan buah durian berkenaan untuk menjilat isi di dalamnya kerana tidak sabar untuk merasai buah tersebut.

Kerana sikap kucingnya yang tidak sabar itu, lelaki tersebut terpaksa menggigit telinganya untuk menjauhkan kucingnya itu daripada buah durian tersebut bagi menyenangkannya membuka buah berkenaan.

Sejurus selepas buah itu berjaya dibuka sepenuhnya, dia terus memberikan isi durian tersebut kepada dua ekor kucingnya.

Kedua-dua kucingnya itu tampak sangat berselera ketika menjamah isi buah durian tersebut.

Video TikTok tersebut telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 700 ribu kali oleh warganet.

@papiluplis

Balas @kejoradahayu

♬ Oh No – Kreepa

Sumber: @papiluplis

Aqmal Ezany

I write what is right