Siakap Keli
Gambar: G2G Animal Garden - MAEPS

‘Petting Zoo’ G2G Maeps Serdang Ditimpa Musibah, Stor Simpan Barang Dan Binatang Kesayangan Terbakar

Umum telah mengetahui bahawa kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan oleh wabak pandemik COVID-19.

Disebabkan itu, banyak perniagaan telah terkesan kerana tidak boleh beroperasi seperti sedia kala.

Seperti yang dikongsikan oleh G2G Animal Garden – MAEPS menerusi laman Facebooknya, mereka juga turut terkesan dengan PKP ini.

Sudahlah tidak boleh beroperasi seperti biasa, baru-baru ini mereka telah ditimpa musibah di mana salah satu stor penyimpanan barangan serta binatang kesayangan mengalami kebakaran.

Dan disebabkan itu juga, mereka terpaksa mencari alternatif lain bagi menjana pendapatan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan perkara tersebut, ikuti perkongsian mereka seperti berikut:

Jumaat lepas , Petting Zoo kami

G2G Animal Garden – MAEPS

di timpa ujian dan musibah, kebakaran di salah satu banggunan stor menyimpan barangan berharga dan bbp binatang kesayangan..sudah lah 2 bulan tak boleh dibuka akibat PKP

Terima Kasih abg Bomba yg dtg dan berjaya memadam kebakaran tersebut

Isnin ini kami nak jual Nasi Bajet RM2 atau ambik FREE pun boleh jer..

Ingin berkongsi sedikit rezeki, kami di G2G di MAEPS Serdang ini ingin membantu kpd para pelajar atau sesiapa sahaja yg berdekatan dengan kami.

kalau nak makan Nasi Bajet RM2 shj jemputlah dtg sini mulai hari isnin 15hb mula jam 11.30am sampai abisnak belikan utk kwn kwn pun boleh tapi kita limit la utk 5 packed shj.

Kalau ada kwn kwn yg RM2 pun tak mampu kami bagi free sahaja insyallah kita sama sama merasaselagi stock ada

Nasi Bajet RM2 – Nasi putih+ ayam goreng kunyit+sayur+kuah

Nasi Bajet RM3 – Nasi putih +ikan+sayur+kuah

Nasi Bajet RM5 – Nasi Putih + Daging Salai+sayur +kuah

Air – RM1

boleh makan sini, boleh take away

sila patuhi SOP

waze/gps:

Goat2Go Farm MAEPS

(sila guna pintu 1

MAEPS Serdang)

Buka setiap Hari dari jam 11 hingga 6pm

info: +60195676288

kalau ada yg nak infaq nasi bajet ni pun boleh juga ya,

RHB 21603900003487 Goat 2 Go sdn bhd

Ada yg Minta no akaun utk Tabung Kebakaran G2G Animal Garden no akuan CIMB 8008929231

terima kasih atas sumbangan Dan bantuan Serta SOKONGAN

Jumaat lepas , Petting Zoo kami G2G Animal Garden – MAEPS di timpa ujian dan musibah, kebakaran di salah satu banggunan…

Posted by G2G Animal Garden – MAEPS on Saturday, February 13, 2021

Sumber: G2G Animan Garden – Maeps

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.