Siakap Keli
Gambar: Bernama

Tarikh Pendaftaran Dan Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat Dilanjutkan Sehingga 25 Februari

Menteri Kewangan Malaysia, YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz menyatakan bahawa tarikh pendaftaran baharu dan kemaskini bagi Bantuan PRIHATIN Rakyat (BPR) yang dibuka pada 15 Januari 2021 lalu akan dilanjutkan sehingga 25 Februari 2021.

Menerusi kenyataan media yang dikongsikan di laman Twitter rasmi Kementerian Kewangan Malaysia, perkara tersebut dibuat untuk memastikan BPR akn diterima oleh mereka yang benar-benar layak, serta turut mengambil kira Perintah Kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di hampir seluruh negara pada ketika ini.

Menurut kenyataan tersebut, pemohon yang tidak pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 atau Bantuan Prihatin Nasional (BPN) B40 serta isirumah berpendapatan RM5,000 dan ke bawah sebulan perlu untuk membuat permohonan baharu.

Manakala penerima BSH 2020 dan BPN B40 yang telah lulus sebelum ini tidak perlu untuk membuat pendaftaran baharu.kemaskini sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat.

Tambahan daripada itu, Pembayaran bagi Fasa 1 BPR kepada golongan ini akan dipercepatkan kepada penghujung Februari 2021.

Bagi bayaran Fasa 2 BPR pula, ianya dijangka akan dibuat pada awal bulan Mei 2021 ini.

Pemohon BPR yang ingin mendapatkan sebarang maklumat lanjut boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang telah dimuat naik di portal rasmi BPR.

Sumber: @MOFmalaysia

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.