Putrajaya, 14 Feb – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di lima negeri di Malaysia sehingga 9 malam ini.
Negeri-negeri terlibat adalah Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.
Berikut adalah daerah yang diramalkan bakal menerima hujan sehingga malam ini;
Pahang: Bentong
Selangor: Hulu Langat
Negeri Sembilan: Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau
Sarawak: Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah dan Limbang
Sabah: Pedalaman, Pantai Barat, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan.
#ributpetirmetmalaysia#metmalaysia
Posted by Malaysian Meteorological Department on Sunday, February 14, 2021
Sumber: MetMalaysia