PUTRAJAYA, 15 Feb – Angka bagi kes sembuh COVID-19 hari ini iaitu 4,521 kes adalah antara yang tertinggi pernah dilaporkan.
Menerusi data kes COVID-19 yang dilaporkan Kementerian Kesihatan (KKM), jumlah kes sembuh hari ini lebih tinggi berbanding kes positif baharu iaitu 2,176 kes.
Dalam masa sama, angka kes aktif dengan kebolehjangkitan pada hari ini juga dilapor telah menurun kepada 47,135 kes berbanding semalam 49,490 kes.
Selain itu, tiada negeri yang mencatat pertambahan kes baharu melebihi angka 1,000.
Paling tinggi setakat hari ini ialah Selangor dengan pertambahan hanya 910 kes, diikuti Johor dengan 269 kes dan Sarawak dengan 246 kes.
Berita lanjut menyusul.
— nurul farahani azmi (@hanny_han92) February 15, 2021
Sumber: KKM