Siakap Keli
Gambar Via Kompas.com

Dakwa Terdengar Bisikan Ghaib, Lelaki Sanggup Bunuh Ibu Sendiri Demi Harta Karun

Seorang lelaki berusia 35 tahun di Jawa Timur, Indonesia dilaporkan telah membunuh ibunya sendiri demi harta karun.

Menurut Kompas.com, mayat mangsa telah ditemui ditanam di bekas stesen janakuasa Jawa-Bali (PJB) di Desa Karangkates, Kabupaten Malang pada 11 Februari lalu.

Ketua Polis Malang, AKBP Hendri Umar mengatakan bahawa suspek membunuh ibunya setelah mereka berdua menemui seorang bomoh di Wlingi, Kabupaten Blitar pada Januari lalu.

Pertemuan tersebut menghasilkan petunjuk bahawa terdapat harta karun di lokasi janakuasa tersebut di daerah Sumberpucung.

“Mereka berdua bertanya tentang harta karun yang tertanam di sekitar tempat tersebut, bomoh itu mengatakan bahawa ia mungkin terdapat di bangunan lama di kawasan itu,”kata Hendri.

Suspek dan mangsa kemudian mengikuti arahan bomoh itu dengan mengunjungi lokasi janakuasa itu.

Mangsa dikatakan menolong suspek dengan meminjam cangkul dan sabit dari jirannya untuk menggali tanah di situ.

Pada awalnya, mangsa yang mula menggali sebuah lubang dan kemudian didatangi oleh anaknya.

Mangsa mengatakan bahawa dia tiba-tiba merasa tidak sihat, ketika ini suspek mendakwa telah terdengar bisikan dari alam ghaib.

Bisikan itu didakwa telah mendorongnya untuk menolak ibunya ke dalam lubang yang telah digali.

“Dia berharap agar harta karun itu keluar dari lubang setelah menolak ibunya sehingga terbunuh,” kata Hendri.

Suspek juga dipercayai telah menanam ibunya secara terbalik dan segera meninggalkan tempat kejadian.

Suspek telah ditangkap dan akan dituduh di bawah akta 338 KUHP atas kesalahan membunuh.

Sumber: Kompas.com

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.