Siakap Keli

Malaysia Duduki Tangga ke-87 Untuk Kelajuan Internet Kategori ‘Mobile’ Dengan 25.60mbps – Ookla

Ookla dalam satu kenyataan mengeluarkan kedudukan carta berdasarkan kelajuan internet bagi kategori (Mobile). Dalam carta kedudukan tersebut, Qatar menjadi negara yang mengungguli carta dengan kelajuan 178.01 mbps. Manakala, UAE ditempat kedua dan Korea Selatan di tempat ketiga.

Pasti ramai yang tertanya-tanya dimana kedudukan Malaysia kan? Dalam ranking dikeluarkan oleh Ookla ini, Malaysia menduduki tempat ke-87 dia atas Iran, Kenya dan Rusia. Malaysia mencatat kelajuan internet sepantas 25.60mbps sahaja.

Dalam perintah PKP ini, penggunaan internet menjadi medium yang sangat penting untuk menghadiri kelas online, mesyuarat online dan kursus online. Semuanya bergantung kepada kepantasan internet mudah alih atau jalur lebar di rumah.

 

Sumber: Ookla

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.