Siakap Keli

Rindu Kudapan Di Pekan Rabu? Gadis Ini Kongsi 18 Jenis Makanan ‘Famous’ Di Pekan Rabu Ada Dijual Di Shopee

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bila sebut je Kedah, pasti akan terlintas macam makanan yang sedap ada di sana. Tetapi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni agak sukar kita semua untuk membeli belah barangan tempatan di sana.

Sampai ke Alor Setar, tempat pertama pelangcong akan pergi adalah Pekan Rabu. Ya, Pekan Rabu sangat sinonim dengan bandaraya Alor Setar. Banyak makanan tradisional sehinggalah moden dijual di situ.

Jadi, kalau korang terasa rindu dengan kudapan dan barangan di Pekan Rabu, korang cuma order di Shopee sahaja. Perkongsian menarik ini dikongsikan oleh soerang gadis di laman Twitternya yang dikenali sebagai Nisa Kay.

Jadi, jom kita lihat barang apa yang dijual di Shopee Pekan Rabu.

Bila-bila pergi Kedah, aku tak pernah fail lagi singgah Pekan Rabu, untuk shopping atau makan ataucuci mata. Bila tak dapat berjalan ni frust jugak tak boleh ke sana. Tapi rupanya Pekan Rabu ada Shopee store.

Ini adalah bebenang apa yang aku beli dekat shopee Pekan Rabu.

1. Dodol

Beli dodol gais! Hahahaha my last trip before MCO was to Melaka where I didn’t get any chance to buy delicious dodol, and kat Pekan Rabu pun ada dodol sedap. So kita add to cart laju-laju.

Klik sini untuk membeli

2. Asam Jawa

Macam mak mak pulak rasa shopping barang nak memasak ni. Haha asam jawa pun check out dari shopee Pekan Rabu. Punya la malas aku pergi beli kat kedai runcit.

Klik sini untuk membeli

3. Serbuk kari

Anddd another bahan memasak. Serbuk kari! Haha aku beli yanh pek 4 jenis terus sebab nak try lah bisnes tempatan punya produk kan.

Klik sini untuk membeli

4.Kuih bahulu

Aku beli bahulu gais! Dari Kedah mari! Bekas tak pecah, kuih tak hancur. Fuhh mmg lembut and sedap! Favouriteeee!!!!

Klik sini untuk membeli

5. Kuih bangkit

Dan sebenarnya aku cari kuih bangkit ni je! Sedappp!! Manis lemak bersusu, cair di mulut! Sumpah ketagih!!!
Kat sana depa panggil kuih telur lebah? Kena try ni geng! Konfem tak nyesal!

Klik sini untuk membeli

“Korang pi support Pekan Rabu kat Shopee naa? Good that they have this initiative to brings all the goods online since tempat macam ni depends highly on tourists. Pi shopping banyak-banyak…”

6. Cakar ayam

Ada yang mencari kudapan sambil tengok netflix, sambil lepak kat rumah? Ni tadi ada yang cari cakar ayam.

7. Kerepek

Kot suka mengunyah kerepek-kerepek kan, boleh lah beli kerepek beraneka jenis kat Pekan Rabu ni.

8. Pes tomyam

Woot woot musim PKP ni lah ramai rajin memasak kan??? Ni haa pes tomyam kegilaan ramaiii. Beli je direct dengan Pekan Rabu.

9.Serunding

Ini kalau mai mood malas memasak ni, dapat nasi panas dengan serunding ni paduuuu. Sedapnyaa! Okay next nak check out serunding Pekan Rabu pulak.

10. Kacang gajus ranggup

Gajus ni antara yang femes orang duk kirim kalau aku ke Pekan Rabu. Sekarang ni takyah kirim-kirim dah.. beli je kat shopee Pekan Rabu.

11. Kopi cap gantang

Kopi cap Gantang ni femes…

12. Kacang pistachio

My fav kacang pistachio pun adeee yeayyy..

13. Kuih Peneram

14.kuih sepit

Kuih sepit pun sedappp buat kudap-kudap petang-petang dengan teh o panas…

15. Kuih batang buruk

Kuih batang buruk pun used to be one of my fav tapi makan bersepah arr sbb habuk habuk kan haha. Tapi sedap!

16. Belacan

Tadi ada yang kata nak belikan mak dia belacan? Hahaha nahhh pi check out sekarang!

17. Pekasam

Ada yang cari IKAN PEKASAM??? Say no more, fam..
Ada berjenis-jenis ikan pekasam ya, ada lampam, talapia, sepat, puyu, belanak, gelama, kembong.

18. Pes tomyam putih

Pes Tom Kha pun femes orang cari. Eh jappp tom kha ini tomyam putih kan?

19. Pes stim limau
Pastu nak buat ikan stim pun ada pes limau ni.

 

Sumber: Nisa Kay

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang