PUTRAJAYA, 15 Feb – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat pertambahan 2,176 kes positif baharu hari ini.
Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negara ini meningkat kepada 266,445 kes dengan kes aktif berjumlah 47,135 kes.
Dalam pada itu, sebanyak 4,521 kes sembuh turut dilaporkan dan angka pulih keseluruhan turut meningkat kepada 218,335 kes.
Bagaimanapun, terdapat 10 lagi kes kematian hari ini.
Maklumat lanjut menyusul.
Status Terkini #COVID19, 15 Februari 2021
Kes sembuh=4,521
Jumlah kes sembuh=218,335 kes
Kes baharu positif=2,176 kes (2,175 tempatan, 1 import)
Jumlah positif=266,445
Kes kematian=10
Jumlah kes kematian=975 kes
Kes dirawat di ICU=260 kes
Bantuan Alat Pernafasan=112 pic.twitter.com/GUQl0454sQ— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) February 15, 2021
Sumber: KKM