Baru-baru ini kita digemparkan dengan isu-isu berkaitan laman SugarBook yang mendapat perhatian ramai pihak di Malaysia.
Bagaimanapun, satu tinjauan dilakukan dan difahamkan laman sesawang tersebut tidak lagi boleh diakses kerana disekat oleh SKMM.
Menurut kenyataan SKMM pada pautan tersebut, laman ini disekat kerana atas kesalahan didakwa melanggari peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Walau bagaimanapun, tiada maklumat lanjut yang dikongsikan oleh SKMM buat masa ini.
Terdahulu, SKMM meminta orang ramai berhati-hati ketika melayari laman web cari teman seperti Sugarbook yang kini sedang disiasat.
Kenyataan Media:WASPADA KETIKA MELAYARI LAMAN CARI TEMAN SEPERTI SUGARBOOK YANG SEDANG DISIASATKlik pautan ini – https://mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/KENYATAAN_MEDIA_SUGARBOOK.pdf#MCMC#SKMM
Posted by Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia on Sunday, February 14, 2021