Siakap Keli

(Video) Lelaki Belanja “Skill”, Selamba Undur Van Atas Titi Dibuat Dari Batang Pokok, Bikin Ramai Berdebar Tengok

Sebuah video yang telah tular menyaksikan kepakaran seorang pemandu di China yang berjaya melintasi jambatan sementara yang diperbuat daripada batang pokok.

Dengan ketelitian dan keberanian yang luar biasa, dia akhirnya berjaya melintasi parit dan sampai ke seberang.

Menurut Daily Mail, momen itu telah dirakam pada Selasa di Kunming, wilayah Yunnan selatan.

Ia dimuatnaik di Kuaishou iaitu platform perkongsian video China oleh Lao Kun, seorang peminat kereta.

Menerusi rakaman selama dua minit itu, kedua-dua batang pokok itu dilihat ‘bergelut’ untuk menampung van putih itu namun semuanya baik-baik sahaja disebabkan oleh kepakaran pemandu.

Pemandu van tersebut, Zhang kelihatan santai selepas berjaya melintasi jambatan itu.

Netizen menyatakan kehairanan mereka terhadap kemahiran memandu lelaki itu yang berjaya melalui jambatan yang ‘lemah’ itu.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story