Siakap Keli
Gambar: BERNAMA

Aktiviti Merentas Negeri & Daerah Masih Tidak Dibenarkan- Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 16 Feb – Aktiviti merentas negeri dan daerah masih lagi tidak dibenarkan buat masa ini, umum Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Jelasnya, larangan tersebut masih lagi berkuatkuasa walaupun larangan had pergerakan dalam radius 10 kilometer telah dimansuhkan.

“Walau bagaimanapun, pergerakan rentas daerah dan negeri masih lagi dikekalkan. Kita akan umumkan nanti bila kita longgarkan.

“Setakat ini kita masih mengekalkan (larangan tersebut),” katanya dalam sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

Dalam pada itu, tambah Ismail, antara sebab larangan tersebut masih kekal adalah kerana ia merupakan antara penyebab kadar jangkitan COVID-19 meningkat.

“”Rentas negeri dan daerah kita tidak benarkan lagi kerana daripada segi laporan yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan (KKM), kalau dulu 11 atau 12 (sahaja) kluster yang libatkan rentas negeri.

“Atau kita lihat telah berikan sedikit kelonggaran pada Disember lepas,” katanya yang mendakwa kenaikan kes di beberapa tempat dikenal pasti berpunca daripada pergerakan tersebut.

Sebagai contoh, pergerakan merentas negeri ke Langkawi bagi tujuan pelancongan atau pulang ke kampung seperti yang dikesan di Kelantan menjadi punca beberapa kawasan di lokasi itu bertukar status dari Zon Hijau kepada Merah.

Dalam masa sama, pergerakan merentas daerah dalam negeri yang besar seperti Pahang juga didakwa turut menjadi punca kenaikan kes.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita mengenai status larangan pergerakan rentas negeri yang masih dikekalkan biarpun kadar kebolehjangkitan COVID-19 kini didapati telah menurun.

Sumber: RTM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.