Bagi siapa yang membela kucing, pasti sudah maklum bahawa haiwan tersebut juga mempunyai sifat cemburu dalam sanubari mereka.
Jika manusia sering cemburu kerana cinta, kucing pula dipercayai akan cemburu kerana wujud kucing lain yang dianggap sebagai ‘pesaingnya’.
Itulah yang terjadi baru-baru ini apabila seorang warganet, Sara Ukays berkongsi kejadian kaki suaminya yang berlubang digigit kucing kesayangan mereka.
Difahamkan, kucing tersebut yang digelar sebagai ‘Adik’ bertindak ganas apabila muncul kucing lain dari luar datang ke rumahnya.
Mari ikuti perkongsian Puan Sara di group Facebook Dunia Kucing Group di bawah ini.

Abam besar tidur lena selepas seharian mengamuk semalam. Mood tak bagus.
Sejenis yang tak boleh ada kucing lain datang rumah. Memang dia nak berentap je.
Pagi semalam ada kucing luar masuk rumah. Dia acah-acah. Ejek-ejek adik yang ada dalam bilik. Dari celah-celah bawah pintu bilik dia ejek-ejekkan adik.
“Anak emak..anak emak..anak emak..”
Lantas si adik meluru ke pintu bilik. Ditendang-tendangnya pintu bilik (konon-konon nak pukul si kucing luar tu), lalu apaknya turun dari katil dengan niat nak leraikan pergaduhan.

Tapi malang sekali, belum sempat apa-apa, kaki apaknya dikokak. Si adik tak dapat pukul musuh, kaki apaknya dikerjakan. Asalkan dapat lepaskan geram.
Kesian apaknya. Darah banyak keluar. Pergi klinik kena dua ‘das’ injection.
Adik sejenis yang kuat cemburu. Taknak berkawan dengan mana-mana anak bulus.
Cukup pantang kalau nampak apak dan mak dia pegang ‘anak’ orang lain. Satu badan kena ‘spotcheck’ dengan dia nanti.
Korang semua, hati-hati ye..

Sehubungan itu, ada beberapa warganet lain turut berkongsi pandangan dan pengalaman mereka yang serupa dengan kejadian ini.
Pernah diserang kucing sendiri
Telinga habis kena ‘kokak’
Jangan sekali-kali ‘masuk campur’ kalau kucing bergaduh
Bukan cemburu, cuma…
Sumber: Sara Ukays melalui Dunia Kucing Group